SEMUT HITAM
AI, BANG MIN! "SAYANG" LAIN MACAM JE...
Hehehe!!! Lain macam je Si Azmin ni. Selama hari ini, tak pernah pulak kita dengar cerita dia nak bersuara mempertahankan Si Nurul Izzah tu. Tapi kenapa kali ni lain pulak respon dia?
Kenapa kali ini Si Azmin tu nak pulak tampil bersuara dan cuba nak mempertahankan Si Nurul Izzah tu dari terus dilanda kontroversi yang hangat berkaitan gambar dengan Puteri Kiram tu?
Tapi itu pun masih belum dapat meredakan kontroversi yang masih lagi hangat diperkatakan dikalangan rakyat Malaysia. Khususnya mereka yang berasal dari Negeri Sabah.
Kalau kita tengok, respon yang diberikan oleh pemimpin - pemimpin PKR tu sejak kebelakangan ini pun setakat sambil lewa je. Semuanya hanya setakat bagi alasan bertaraf LONGKANG belaka.
Yang lagi menghampakan, komen yang diberikan oleh Si Rafizi. Dek kerana sibuk dia nak menjaga kepentingan Politik Peribadi dia sendiri, dengan mudah je dia bagi alasan kata dia 'Tak Tau'.
Dan respon yang dibuat oleh Si Azmin selaku Timbalan Presiden PKR ni pun masih boleh dianggap sambil lewa dan boleh dianggap seolah - olah 'Acuh Tak Acuh' je dengan isu tersebut.
Tapi kesimpulannya, puak - puak PKR tu tak boleh nak menafikan bahawa tindakan Si Nurul Izzah tu jelas membuktikan yang mereka hanya sekadar nak menjaga kepentingan Politik Peribadi mereka sendiri sehingga sanggup bersekongkol dengan pihak musuh!!!
PETALING JAYA: Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali menggesa 'pembuli' BN agar berhenti mengganggu Nurul Izzah Anwar.Dalam kenyataannya pada Khamis, Azmin mengecam pemimpin-pemimpin tertinggi kerajaan dan polis yang dianggap telah 'mencaci Nurul Izzah' serta memanggil Ahli Parlimen Lembah Pantai itu sebagai 'memalukan dan pengecut'.
Azmin, yang juga Menteri Besar Selangor berkata, Nurul Izzah dan Ahli Parlimen Batu Tian Chua telah menjelaskan bahawa mereka tidak mengatur pertemuan dengan anak perempuan Sultan Sulu, Jacel Kiram.
0 comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.