Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ANAK NIK AZIZ BIKIN PENGKHIANAT PANAS PUNGGUNG!!!

SEMUT HITAM
ANAK NIK AZIZ BIKIN PENGKHIANAT PANAS PUNGGUNG!!!
Semakin hari semakin "Panas Punggung" puak - puak Pengkhianat Amanah Negara yang dipimpin oleh Si Mat Sabu tu bila membaca kenyataan yang dibuat oleh kepimpinan PAS ni.

Mana tidaknya. Hampir setiap hari ada saja pemimpin PAS yang akan keluarkan kenyataan mengenai pendirian mereka yang bersedia untuk bekerjasama dengan pihak Kerajaan Barisan Nasional.

Jika sebelum ini, Hadi Awang sudah pun menyatakan keputusan mereka selaku Ahli PAS tidak akan menyertai tindakan menolak Bajet 2016 yang telah dibentangkan oleh YAB Perdana Menteri.

Sambil menyifatkan pembentangan Bajet itu tidak semuanya buruk untuk rakyat, Hadi Awang juga turut menegaskan bahawa tindakan menolak Bajet itu bukan Budaya didalam PAS.

Kali ini giliran anak kepada Allahyarham Nik Aziz pulak tampil dan membuat kenyataan yang sudah pasti mampu menyebabkan pemimpin - pemimpin Pakatan Haprak tu hilang akal.

PAS bersedia berbincang dengan BN bagi menjalin kerjasama dengan perikatan itu dalam aspek kebajikan rakyat, kata Ketua Pemuda Pas, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz.
   
Mengulangi pendirian kesediaan parti itu untuk bekerjasama dengan BN, Nik Abduh bagaimanapun menjelaskan kerjasama itu bukan untuk mencapai kepentingan politik semata - mata.
"Kami sentiasa menunggu jemputan daripada kerajaan sama secara rasmi atau tidak. Yang penting kerajaan panggil kami untuk berbincang. Kami mahu bagi sumbangan untuk rakyat," katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini.
Katanya, PAS sentiasa terbuka untuk bertemu dengan pihak kerajaan serta bersedia memberikan sumbangan dalam pelbagai bentuk idea bagi membela nasib rakyat di negara ini.
Ditanya kemungkinan kerjasama itu berniat meraih undi untuk pilihan raya umum akan datang, Nik Mohamad Abduh berkata: "Ini bukan langkah berunsur politik tetapi demi kebaikan untuk rakyat. Kami akan kekal sebagai pembangkang dan tiada niat untuk sertai BN."
Dalam pada itu, Nik Mohamad Abduh juga turut berkata, Kerajaan perlu mengambil kira pandangan pembangkang bagi memantapkan agenda pembangunan serta kemajuan rakyat.
"Sebelum ini Pas sentiasa terpinggir kerana Pas dianggap sebagai musuh. Kalau kerajaan mahu berubah, mesti ambil pandangan pembangkang untuk bincang isu-isu berkaitan," kata Ahli Parlimen Pasir Mas itu.
Dalam erti kata lainnya, sebelum ini PAS dipinggirkan bukan sebab Kerajaan sengaja bertindak sedemikian. Tetapi sebaliknya, kerana ada pemimpin dikalangan PAS tu yang lebih suka guna Kepala Lutut untuk berfikir. Tapi sekarang diorang semua dah jadi Pengkhianat!!!

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.