Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BANYAK SKANDAL TAK BERJAWAB, AZMIN CUBA RAIH SIMPATI!!!

SEMUT HITAM
BANYAK SKANDAL TAK BERJAWAB, AZMIN CUBA RAIH SIMPATI!!!
Alololo!!! Kesiannya la tengok Si Azmin Ali ni. Terdesak sangat dah dia sekarang ni bila sering kali dihimpit dengan pelbagai skandal dan isu - isu kontroversi yang tidak mampu diuruskannya.

Dek kerana GAGAL untuk memberikan jawapan serta menjelaskan isu - isu yang berbangkit, Si Azmin tu mula mencari alasan untuk menagih raih simpati Murahan dari kalangan rakyat.

Ramai yang melihat apa yang dilakukan oleh Si Menteri Besar Selangor tu semalam dengan mempergunakan anak dia untuk mengalihkan pandangan adalah satu tindakan yang memalukan.

Sanggup dia menjaja anak dia sendiri demi untuk mempertahankan kemaluan diri dia daripada terus dipersoalkan oleh pelbagai pihak berhubung ke-GAGAL-an urus-tadbir yang dilakukannya?

Jika sebelum ini, Si Menteri Besar Selangor tu dihimpit dengan isu kontroversi berkaitan syarikat pelaburan strategik DEIG yang mengendalikan Dana Rakyat Negeri Selangor sebanyak RM 30 billion.

Kemudian timbul pula isu berhubung skandal pembinaan tiga buah lebuhraya bertol yang telah dicadangkan oleh Si Menteri Besar Selangor itu juga turut dipertikaikan oleh pelbagai pihak.

Maka, mungkin sebab itu juga Si Menteri Besar Selangor tu dilihat Terdesak menjaja nama anak dia dalam laman media sosial bagi meraih sokongan Simpati Murahan dari kalangan rakyat.

Yang paling kelakarnya, alasan yang diberikan oleh Si Menteri Besar Selangor tu semalam, anak dia yang berusia 15 tahun tu perlu menduduki 'Peperiksaan Akhir' bermula Isnin hingga Jumaat.
"Peguam saya memberitahu polis bahawa anak saya akan menduduki peperiksaan akhir itu. Saya akan pastikan anak saya selesai menjalani peperiksaan itu terlebih dahulu sebelum memberi sebarang keterangan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Pesta Deepavali, di sini pada Ahad.Anak dia umur 15 tahun, bermakna sekarang ni dalam Tingkatan 3. Mana ada budak sekolah Tingkatan 3 ambik Peperiksaan Azmin oi!!! Diorang semua ambik PT3!!! Kot ye pun nak MENIPU, agak - agak la!!!

Jika dilihat tindakan yang dilakukan oleh Si Menteri Besar Selangor tu, nampak sangat dia memang seorang pemimpin yang Tak Bertanggungjawab sehingga sanggup menjadikan anak sendiri sebagai Modal Politik Longkang untuk melindungi dirinya sendiri!!!

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.