Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BEDAH LUAR NEGARA, SIAPA YANG 'PAYUNG'???

SEMUT HITAM
BEDAH LUAR NEGARA, SIAPA YANG 'PAYUNG'???
Hahaha!!! Nampak gayanya tindakan keluarga Si Ketua Penipu tu cuba nak mendesak pihak Kerajaan berhubung kondisi kesihatan Si Ketua Penipu tu akhirnya memakan diri mereka sendiri.

Sebelum ini, keluarga Si Ketua Penipu tu membuat desakan agar Si Ketua Penipu tu menjalani rawatan dan pembedahan diluar Negara kerana mereka tak percaya dengan doktor di Malaysia.
“Kami juga mahu pembedahan dilakukan di hospital luar negara, bukan di Malaysia, disusuli rawatan fisioterapi sebelum dan selepas pembedahan dijalankan,” kata Nurul Izzah.
(Baca Artikel Berkaitan: Doktor Malaysia Pulak Didakwa Kayu!!!)

Respon yang diterima apabila desakan itu dibuat ternyata tidak seperti yang harapkan oleh keluarga Si Ketua Penipu tu. Sebaliknya rakyat mula mempersoalkan, "siapa yang akan tanggung kos pembedahan itu nanti?"

Hakikatnya semua orang tau Si Ketua Penipu tu sekarang ni merupakan seorang banduan yang selama ini mendapat segala keistimewaan dari segi rawatan kesihatan jika dibandingkan dengan banduan lain.

Maka segala kos rawatan yang dijalani oleh Si Ketua Penipu tu sudah tentu ditanggung oleh pihak Kerajaan secara keseluruhannya. Dan seperti yang didakwa oleh mereka sendiri, duit Kerajaan ni duit Rakyat.

Jadi, jika pihak Kerajaan bersetuju memberikan kebenaran untuk membiarkan Si Ketua Penipu mendapat rawatan diluar Negara, bermakna Kerajaan akan menghabiskan duit rakyat.

Dalam erti kata lainnya, kos rawatan perubatan dan pembedahan yang dibuat oleh Si Ketua Penipu tu di luar Negara perlu ditanggung oleh rakyat. Bukannya pihak keluarga Si Ketua Penipu tu sendiri.

Jika semua kos perubatan dan pembedahan itu ditanggung oleh pihak keluarga, dah timbul isu lain pulak. Dari mana pulak keluarga Si Ketua Penipu tu mendapatkan bantuan kewangan bagi menampungnya?

Dan semua orang pun tau, kos pembedahan dan rawatan perubatan diluar Negara ni mahal perbelanjaannya. Jadi, takkan pulak duit keluarga Si Ketua Penipu tu semuanya boleh turun dari langit?

Sepatutnya perkara itu yang perlu dijelaskan oleh keluarga Si Ketua Penipu tu kepada rakyat. Takkan hanya kerana demi seorang Peliwat, diorang sanggup menghabiskan Duit Rakyat dengan menghantar Si Ketua Penipu tu menjalani rawatan perubatan diluar Negara!!! 

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.