SEMUT HITAM
BILA DAH BUAT SALAH TU, MANA DIA NAK MENGAKU!!!
Sudah pasti semua orang masih ingat lagi tuduhan yang dibuat oleh Si Tian Chuak ni berhubung isu pencerobohan di Lahad Datu tu. Rasanya semua orang masih mual dengan alasan yang diberikan.
Pada ketika kejadian itu berlaku, Si Tian Chuak dengan lantang menuduh pencerobohan itu merupakan satu sandiwara yang sengaja dicetuskan oleh pihak Kerajaan Barisan Nasional.
Kononnya kata Si Tian Chuak, Kerajaan Barisan Nasional sengaja mencipta isu pencerobohan di Lahad Datu itu sebagai salah satu taktik untuk mengelirukan rakyat di Malaysia.
Tapi selepas beberapa orang anggota keselamatan Negara dan penduduk sekitar terkorban setelah diserang oleh puak - puak penceroboh dari Sulu itu, baru la Si Tian Chuak berdiam diri.
Setelah ramai anggota keselamatan Negara mati dibunuh oleh puak - puak penceroboh itu, baru la Si Tian Chuak nak mintak maaf kepada rakyat Malaysia diatas keceluparan dia sendiri.
Sekarang, bila perjumpaan diantara Si Nurul Izzah dan anak kepada pihak penceroboh Lahad Datu yang telah membunuh rakyat Malaysia itu hangat diperkatakan, Si Tian Chuak tu cuba buat alasan lain.
Dalam satu kenyataan yang dibuat sebelum ini, SI Tian Chuak tu menafikan bahawa Si Nurul Izzah tu 'berjumpa' dengan Puteri Kiram tu. Sebaliknya, kata Tian Chuak, mereka hanya 'bergambar'.
Jelas, alasan yang diberikan oleh Si Tian Chuak itu tidak dapat diterima akal kerana Si Nurul Izzah tu dilihat bukan hanya sekadar 'bergambar' sebaliknya dia juga turut dilihat bergaul mesra dengan Puteri Kiram tu.
Bahkan kenyataan yang dibuat oleh Si Nurul Izzah juga turut menyatakan bahawa pertemuan dia dengan Puteri Kiram itu bukan hanya sekadar untuk 'bergambar' semata - mata.
Tapi untuk menjayakan kempen menjaja 'Air Mata Buaya' keluarga dia bagi membebaskan Si Ketua Penipu tu dari penjara. Dan pertemuan itu telah diatur oleh pihak partinya dengan pihak Jacel Kiram.
Maka tak mustahil sekiranya Si Tian Chuak tu juga mempunyai hubung kait dengan pertemuan itu memandangkan dia juga turut hadir dalam perjumpaan tersebut. Namun dia menafikannya.
Pokok pangkalnya, tindakan yang dilakukan oleh Si Tian Chuak dan Si Nurul Izzah berjumpa dengan Puteri Kiram itu jelas membuktikan bahawa mereka tak pedulikan sentimen rakyat Malaysia demi nak menjaga kepentingan Politik Peribadi mereka sendiri!!!
0 comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.