Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

[CASH IS KING] ADUN Pas, Salleh Man setia bersama saya – Guan Eng

CELAH GELEGAR
[CASH IS KING] ADUN Pas, Salleh Man setia bersama saya – Guan Eng

SELAYANG: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang Pasir Datuk Salleh Man berjanji untuk memberi sokongan penuh kepada kerajaan Pakatan Harapan di Pulau Pinang.
 
Perkara itu disahkan, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng apabila mengulas keputusan Pas kawasan Permatang Pauh yang bertindak memutuskan hubungan dengan Salleh yang juga Timbalan Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang .

“Datuk Salleh Man telah menyatakan dengan jelas bahawa beliau menyokong kerajaan Pakatan Harapan di Pulau Pinang.

“Beliau (Salleh) juga akan sokong kepimpinan saya sebagai ketua menteri dan akan membela ketua menterinya, itu yang dia sebut,” katanya.

Mengulas lanjut, Setiausaha Agung DAP itu berkata, beliau tidak mahu mencampuri urusan dalaman Pas kerana itu merupakan luar bidang kuasanya dan menyerahkan kepada parti Islam itu membuat penyelesaian.

“Yang lain hal keluarga dalaman Pas, saya tidak mahu masuk campur. Ini kena tanya Pas,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Pusat Komuniti DAP Taman Templer pada Isnin.- FMT

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.