Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hanya pemimpin yang hebat dipecat dari UMNO – Ibrahim Ali

CELAH GELEGAR
Hanya pemimpin yang hebat dipecat dari UMNO – Ibrahim Ali
KUALA LUMPUR: Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) menyatakan hanya pemimpin yang hebat sahaja akan dipecat daripada UMNO.
Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, berdasarkan senario politik UMNO, mereka yang dipecat selalunya mempunyai kaitan dengan salah guna kuasa, gejala rasuah dan membuat kritikan kepada parti.
Beliau yang mengulas mengenai pemecatan bekas Ketua Wanita UMNO Gopeng, Datuk Hamidah Osman menegaskan, apa yang berlaku kepada bekas Ketua Penerangan Wanita UMNO itu adalah satu suratan takdir.
“Macam Hamidahlah bagi saya itu sudah takdir sebab manusia ditimpa musibah hanya dua perkara satu betul-betul dia buat salah, politik wang dan satu lagi kerana dia pemimpin hebat.
“Apatah lagi kalau dia bercakap lebih, menegur, mengkritik, tak dinaikkan pangkat dan dipecat maknanya dia pemimpin hebat,” katanya pada sidang media di pejabatnya pada Rabu.
Mengulas lanjut, bekas Ahli Parlimen Pasir Mas itu berkata, dalam perjuangan tidak ada istilah menghargai pergorbanan seseorang pemimpin itu walaupuan mempunyai jasa yang banyak untuk parti.
“Dalam Parti ini mana ada istilah dihargai pengorbanan.Saya nak sebut disini tanpa rasa malu, saya dulu dikuburkan sebagai ketua bahagian selepas persempadanan semula kawasan, jasa saya kepada BN tidak sedikit pada tahun 1978 apabila Pas jatuh di Kelantan.
“Ramai yang kena, Muhyiddin, Shafie Apdal, walaupun mempunyai banyak jasa, namun, mereka itu akan dilihat sebagai seorang pemimpin yang hebat, malah, nak menjadi pemimpin yang hebat kena melalui proses jatuh bangun,” katanya.
Sehubungan itu, beliau mengingatkan kepada pemimpin UMNO yang dikenakan tindakan agar tidak perlu merasa kecewa apabila dikenakan tindakan sebaliknya, mereka perlu merasa bangga kerana apa yang dilakukan itu adalah betul malah, menyerahkan kepada rakyat untuk menilai. -FMT

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.