SEMUT HITAM
HUSAM SERAH 'SURAT CINTA' BUKAN SURAT TALAK!!!
Heh! Memang dah agak dah. Si Husam tu 'Kompang' je kuat masa kat atas pentas. Cakap je berapi - api sampai boleh terbakar dewan. Tapi bila dicabar, tau pulak dia Kecut Buah Kerandut.
Sebelum ni, bukan main lagi dia mempertikaikan mengenai kepimpinan parti. Habis semua benda dia bongkar diatas pentas ceramah dengan membuat tuduhan serta dakwaan yang bukan - bukan.
Bila orang mempersoalkan dakwaan yang dia buat, Si Husam tu kata dia berani bersumpah Lafaz Talak Isteri untuk membuktikan bahawa apa yang didakwa itu semuanya benar belaka.
Tapi bila orang cabar suruh dia angkat sumpah tu, mula la Si Husam ni menggelupor tak tentu arah dan mencari alasan untuk melarikan diri. Sekarang, dia setakat hantar 'Surat Cinta' je.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini, Si Husam tu kata isi kandungan 'Surat Cinta' tu berkaitan dengan Survival parti dan kaedah pengukuhan Rejim PAS Kelantan dimasa akan datang.
"Nota cinta saya itu hanya tentang survival parti, kekuatan kerajaan dan perpaduan ahli Pas."Pas menerima nota tersebut dan perjumpaan berjalan dengan mesra dan baik. Perbincangan berjalan secara dua hala dan saya ada memberikan sedikit penjelasan kepada mereka dan Dewan Harian memberikan pandangan mereka."Keseluruhannya saya sangat berpuas hati dan berterima kasih kepada Pas Pusat kerana menyediakan saluran ini untuk saya menyampaikan pandangan saya," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Pejabat Agung Pas di sini, hari ini.
Nah! Mana pulak perginya tuduhan dia terhadap Si Hadi Awang tu? Kenapa dia tak nak cerita pulak pasal tuduhan dan dakwaan yang dibuat selama hari ini terhadap Presiden PAS?
Bukan ke sebelum ini Si Husam tu paling lantang bercerita mengenai 'Pengkhianatan' yang dilakukan oleh Si Hadi Awang tu yang didakwa cuba untuk bersekongkol dengan UMNO?
Itu membuktikan bahawa Si Husam ni jenis pemimpin yang Hipokrit dan suka memberikan alasan. Jelas, tindakan dia mempertikaikan kepimpinan Hadi Awang sebelum ini hanya taktik untuk meraih perhatian dan mendapat Publisiti Murahan semata - mata!!!
0 comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.