Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

IKRAR AZMIN DIBOGELKAN BLOG PAKATAN!!!

SEMUT HITAM
IKRAR AZMIN DIBOGELKAN BLOG PAKATAN!!!
Ianya memang satu perkara yang nampak canggung bila ada dikalangan puak - puak blogger Pakatan Haprak tu tampil mempersoalkan kenyataan yang dibuat oleh kepimpinan mereka secara terbuka.

Secara tidak lansung, tindakan itu membuktikan bahawa apa yang dilakukan oleh pemimpin bertentangan dengan apa yang diungkapkan selama hari ini. Semuanya hanya RETORIK belaka.

Mengulas mengenai dua kenyataan yang dibuat oleh Azmin dan Zuraidah sewaktu perasmian Kongres PKR hari ini, blogger terbabit tampil mempersoalkan pendirian PKR terhadap PAS.

Katanya, kenyataan yang dibuat oleh kedua - dua orang pemimpin itu membuktikan bahawa mereka hidup dalam 'Sindrom Penafian' atau 'Denial Syndrom' yang suka menyalahkan orang lain.

Walhal pada hakikatnya, kelemahan dan kegagalan PKR itu semuanya berpunca dari ketidak-cekapan dikalangan pimpinan parti itu sendiri. Bukannya sebab campur tangan dari orang luar.
"Apa hal dan apa hak PKR mahu beri amaran dan menuduh PH kebudak-budakan? Pertentangan "kem" di dalam PKR tiada kena-mengena lansung dengan PH, tapi PH yang dipersalahkan dan dituduh melaga-lagakan kepimpinan PKR. "Sudah nyata bahawa di Selangor PKR cuba merosakkan PH dengan tidak mengiktirafkan pakatan tersebut walaupun PH dibentuk dengan kehadiran dan inisiatif Presiden PKR sendiri. "Di Pulau Pinang 5 ADUN PKR berkecuali sewaktu undian terhadap usul wakil rakyat Barisan Nasional (BN) dalam isu tebus guna tanah pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Jumaat lepas. Salah DAP? Salah AMANAH?"Kebenarannya, PKR gagal mendisiplin ADUN-ADUNnya untuk bersatu hati di dalam membuat keputusan berhadapan UMNO BN. Katanya mengikut "suara hati", katanya untuk menggalakkan demokrasi, katanya bla bla bla.... 
"Jika demikian sikap PKR maka memang perlu PKR keluar saja dari PH kerana tanpa disiplin, maka tidak mungkin UMNO BN dapat dikalahkan." Demikian jelas blog tersebut.
Nah! Secara tidak lansung, ulasan yang dibuat melalui blog tersebut membuktikan bahawa puak - puak PKR ni hanya sekadar mahu memperjuangkan amalan Politik Retorik mereka sendiri.

Dek kerana terdesak sangat nak menjaga kepentingan Politik Peribadi mereka sendiri, sanggup diorang membuat tuduhan dan memburukkan rakan - rakan sekutu yang lain. Itu membuktikan yang PKR ni memang tak boleh dipercayai lansung!!! Pantang lepa, habis semua diliwatnya!!!

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.