SEMUT HITAM
KAK MIDAH DIGANTUNG, SAYAP RASMI SENDIRI!!!
Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO hari ini telah membuat keputusan untuk menggantung keahlian Ketua Wanita UMNO Gopeng, Datuk Hamidah Osman kerana pelanggaran disiplin parti.
Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak memberitahu, setakat ini hanya Datuk Hamidah sahaja yang diambil tindakan biarpun terdapat hal berkaitan diutarakan dalam mesyuarat berkenaan.
Ekoran keputusan itu, maka jawatan selaku Ketua Wanita Bahagian Gopeng yang disandang oleh Datuk Hamidah atau lebih mesra dipanggil Kak Midah gugur secara automatik.
Selain itu, keputusan mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO itu juga membuat ketetapan, perasmian Mesyuarat Sayap Wanita, Pemuda dan Puteri akan dirasmikan oleh ketua sayap masing - masing.
"Majlis Tertinggi turut memutuskan mesyuarat sayap untuk Perhimpunan Agung UMNO kali ini tidak dijalankan serentak, sebaliknya akan dirasmikan oleh ketua sayap masing-masing."Ini adalah atas permintaan ketua sayap dan ahli Majlis Tertinggi menghormati keputusan mereka," katanya dalam sidang media di sini hari ini.Dalam pada itu, Najib juga turut memaklumkan kepada pihak media tujuan mesyuarat tersebut diadakan di perkarangan Parlimen kerana kebanyakkan Ahli MT berada di Parlimen.
"Mesyuarat hari ini dibuat di bangunan Parlimen kerana takut jika ada pengundian berlaku di sidang parlimen dan kita mahu pastikan kehadiran orang kita hari ini," katanya.Tapi apa yang pasti, keputusan mesyuarat tersebut sudah pastinya mengecewakan pihak yang selama ini mahu melihat UMNO menjadi punah ranah dan sekaligus meranapkan harapan mereka.
Hakikatnya, hasrat mereka yang nak melihat Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Shafie Apdal dipecat dari parti tidak kesampaian. Jadi, jangan pulak ada yang meroyan sampai hilang akal lepas ni sudah la!!!
0 comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.