Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Keputusan Mesyuarat MT UMNO di Parlimen: Muhyiddin dan Shafie SELAMAT, Tidak Disingkirkan, hanya Ketua Wanita Gopeng DIPECAT keahlian dan Jawatan

CELAH GELEGAR
Keputusan Mesyuarat MT UMNO di Parlimen: Muhyiddin dan Shafie SELAMAT, Tidak Disingkirkan, hanya Ketua Wanita Gopeng DIPECAT keahlian dan Jawatan

PARLIMEN: Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal masih terselamat daripada dikenakan apa-apa tindakan setelah tamat mesyuarat MT UMNO jam 7 lebih petang tadi. 

Walau bagaimanapun, Ketua Wanita Umno Bahagian Gopeng, Datuk Hamidah Osman diumum dipecat daripada keahlian dan jawatan dari parti Umno. 

Datuk Hamidah Osman

Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, keputusan itu dibuat sebulat suara oleh barisan ahli mesyuarat Majlis Tertinggi Umno pada hari ini. 

Najib berkata, setakat ini hanya Datuk Hamidah diambil tindakan biarpun terdapat hal berkaitan diutarakan dalam mesyuarat berkenaan.

"Majlis Tertinggi turut memutuskan mesyuarat sayap untuk Perhimpunan Agung UMNO kali ini tidak dijalankan serentak, sebaliknya akan dirasmikan oleh ketua sayap masing-masing.

"Ini adalah atas permintaan ketua sayap dan ahli Majlis Tertinggi menghormati keputusan mereka," katanya dalam sidang media di sini hari ini.

 
Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO hari ini memutuskan Ketua Wanita UMNO Gopeng, Datuk Hamidah Osman dipecat atas pelanggaran disiplin parti.


Najib hari ini mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO yang diadakan di bangunan sementara di Parlimen di sini, hari ini.
 
Najib yang juga Presiden UMNO tiba pada pukul 6 petang, sementara anggota MT yang lain termasuk Naib Presiden Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah tiba lebih awal.


Timbalan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Naib Presiden Datuk Seri Mohd Shafie Apdal tidak hadir dalam mesyuarat MT kali ini.


Pada Ahad, Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menyatakan bahawa mesyuarat berkenaan diadakan di bangunan Parlimen, berbanding kelazimannya di Ibu Pejabat UMNO di Menara Dato’ Onn bagi memudahkan anggota MT UMNO yang rata-rata juga adalah anggota Parlimen.


Mesyuarat itu juga telah dipercepatkan dari tarikh asal 27 Nov berikutan Perhimpunan Agung UMNO yang semakin hampir selain terdapat permintaan daripada anggota MT yang tidak dapat hadir pada tarikh asal itu.


Dalam pada itu, seperti kebiasaannya mesyuarat ini mendapat liputan meluas media yang menanti di luar Bilik Jawatankuasa 2, tempat mesyuarat itu berlangsung disebabkan desas desus Muhyiddin dan Shafie Apdal akan dikenakan tindakan kerana tidak sealiran dengan Perdana Menteri, Najib dalam isu 1MDB dan derma 2.6 bilion.

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.