Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MACAM MANA NAK MENJUAL NEGARA ?

CELAH GELEGAR
MACAM MANA NAK MENJUAL NEGARA ?



Boleh Ker Malaysia Dijual?

Ramai Tak Tahu kan? 


Ada pelbagai cara sebenarnya dan yang terbaru adalah melalui ekonomi seperti TPPA


Kajian dan maklum balas drpd pakar ekonomi tentang TPPA dilaporkan lebih banyak buruk drpd baik untuk Malaysia . Namun Hanya KURANG DARIPADA 1% sahaja daripada 30 Juta Rakyat yang telah mengzahirkan bantahan terhadap sebuah perjanjian yang akan meragut kebebasan kita menentukan masa depan kita. 

Ia akan merugikan peniaga kecil, syarikat milik kerajaan , rakyat biasa dan Negara tercinta. Ia meletakkan kita dalam kancah permainan geo-politik Amerika Vs Cina yg tidak membantu Malaysia.

Malaysia memerlukan bantuan Rakyatnya sekarang!

1. Tolong Viralkan Video 8 Minit Yang "simple" tentang Kesan TPPA. Penting!!

(function(d, s, id) { var js, fjs = d.getElementsByTagName(s)[0]; if (d.getElementById(id)) return; js = d.createElement(s); js.id = id; js.src = "//connect.facebook.net/en_US/sdk.js#xfbml=1&version=v2.3"; fjs.parentNode.insertBefore(js, fjs);}(document, 'script', 'facebook-jssdk'));
#JanganJualNegara
MACAM MANA NAK MENJUAL NEGARA ?Boleh Ker Malaysia Dijual?Ramai Tak Tahu kan? Ada pelbagai cara sebenarnya dan yang terbaru adalah melalui ekonomi seperti TPPAKajian dan maklum balas drpd pakar ekonomi tentang TPPA dilaporkan lebih banyak buruk drpd baik untuk Malaysia . Namun Hanya KURANG DARIPADA 1% sahaja daripada 30 Juta Rakyat yang telah mengzahirkan bantahan terhadap sebuah perjanjian yang akan meragut kebebasan kita menentukan masa depan kita. Ia akan merugikan peniaga kecil, syarikat milik kerajaan , rakyat biasa dan Negara tercinta. Ia meletakkan kita dalam kancah permainan geo-politik Amerika Vs Cina yg tidak membantu Malaysia.Malaysia memerlukan bantuan Rakyatnya sekarang!1. Tolong Viralkan Video 8 Minit Yang "simple" tentang Kesan TPPA. Penting!!2. Daftarkan Bantahan di www.janganJualNegara.com/bantah3. Viralkan hashtag #janganjualnegara dan #bantahTPPA dalam semua media4. Suarakan Bantahan Anda kepada Wakil Rakyat ( Ahli Parlimen)4. Hadiri Rapat Umum, Forum dan Perhimpunan Aman Yang menolak TPPA oleh pelbagai pihak yg sayangkan Malaysia.Ayuh, Masa kita suntuk . Sebelum Nasi menjadi bubur...#stopTPPA#janganJUALnegara#perlu100Kbantahan#tolakTPPAFollow us on twitter @BantahTppaFollow instagram @bantahTPPALike us on Facebook @fb.com/bantahTppaWhatsapp : +60 11 1550 4471Mohon rakyat viralkan dan sokong petisyen bantah TPPA
Posted by Bantah TPPA on Wednesday, November 25, 2015
2. Daftarkan Bantahan di www.janganJualNegara.com/bantah
3. Viralkan hashtag ‪#‎janganjualnegara‬ dan ‪#‎bantahTPPA‬ dalam semua media
4. Suarakan Bantahan Anda kepada Wakil Rakyat (Ahli Parlimen)
5. Hadiri Rapat Umum, Forum dan Perhimpunan Aman Yang menolak TPPA oleh pelbagai pihak yg sayangkan Malaysia.


Ayuh, Masa kita suntuk . Sebelum Nasi menjadi bubur...

APA ITU TPPA

Perjanjian Kerjasama Trans-Pasifik (TPPA) merupakan perjanjian perdagangan bebas multilateral yang sedang dirundingkan bersama 11 negara anggota iaitu Australia, Brunei, Canada, Chile, Japan, Malaysia, Mexico, New Zealand, Peru, Singapore, Amerika Syarikat dan Vietnam. 

Perjanjian yang dikatakan ‘yang pertama seumpamanya’ ini malangnya dilihat terlalu menyebelahi negara maju seperti Amerika yang diterajui syarikat-syarikat konglomerat mereka, sekaligus meminggirkan kepentingan negara-negara membangun seperti Malaysia. 

Disamping itu, dokumen serta perincian rundingan yang selama ini dirahsiakan langsung tidak memberi peluang kepada kerajaan serta rakyat untuk menilai manfaat TPPA. Sebaliknya hasil daripada analisa perjanjian perdagangan bebas (FTA) lampau serta maklumat daripada beberapa dokumen TPPA yang bocor jelas menunjukkan betapa banyaknya kekangan kepada mewujudkan perdagangan yang benar-benar bebas. 

Fakta yang lebih membimbangkan lagi ialah apabila TPPA bakal menggunapakai ISDS (Investor to State Dispute Settlement) sebagai ‘kuasa mutlak mengatasi kuasa mahkamah persekutuan’; yang akan menghukum negara yang engkar mematuhi syarat-syarat yang terkandung dalam perjanjian TPPA. 

Maka tidak hairanlah apabila daripada 29 bab yang dirundingkan hanya 6 bab sahaja yang benar-benar melibatkan isu-isu perdagangan, sekaligus mengukuhkan pandangan bahawa TPPA tidak ikhlas untuk memperjuangkan kesaksamaan dalam berdagang, sebaliknya hanya mahu memperkukuh kedudukan Amerika sebagai kuasa ekonomi dunia melalui perjanjian yang terancang. 

Sebagai sebuah negara merdeka dan berdaulat, dengan lebih 30 juta penduduk yang berbilang kaum, keputusan Malaysia untuk meneruskan rundingan TPPA tanpa justifikasi yang kukuh dan telus merupakan satu tindakan yang cukup besar risikonya.

Dengan bersandarkan kepada fakta bahawa sudah begitu banyak negara yang menjadi mangsa kepada perjanjian perdagangan versi Amerika, Malaysia sepatutnya tidak perlu terus berdegil untuk meneruskan rundingan. 

TPPA terbukti sebuah perjanjian zalim yang akan membunuh berjuta nyawa apabila harga ubatan menjadi terlalu mahal, TPPA bakal membunuh jutaan lagi peniaga kecil yang bakal kecundang dan berkubur ditangan syarikat-syarikat transnasional dengan keistimewaan tersendiri dan keupayaan modal berkali ganda, dan TPPA hanya akan meletakkan negara ini terjerumus jauh ke belakang apabila akses kepada maklumat dan ilmu disekat sewenang-wenangnya. 

Pada akhirnya, rakyat Malaysia sendirilah yang akan terpaksa menanggung beban kegagalan TPPA, samada melalui kos sara hidup yang menjulang tinggi atau risiko negara disaman berbillion ringgit sekiranya tidak dapat memenuhi tuntutan-tuntutan melampau yang bakal dikuatkuasakan sebaik rundingan ini ditamatkan tidak berapa lama lagi. 

Malaysia tidak perlu kepada perjanjian zalim seperti TPPA untuk maju dan makmur, dan kita telah melakukannya sebelum ini dengan begitu berjaya. Petisten membantah penyertaan Malaysia sebagai negara anggota TPPA ini bakal menjadi testimoni penting kepada para perunding TPPA serta kerajaan Malaysia bahawa rakyat Malaysia tidak akan membiarkan kedaulatan negara ini dijualbeli dan mereka menolak TPPA sekeras-kerasnya! 

 Bantah TPPA

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.