Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MINAH NI DAKWA DIRASUK SETAN!!!

SEMUT HITAM
MINAH NI DAKWA DIRASUK SETAN!!!
PELAKON, Raja Ilya mendedahkan dia terkena gangguan makhluk halus ketika menjalani penggambaran filem seram berjudul Jelmaan yang dilakukan di Yogjakarta, Indonesia pada November tahun lalu.

Filem yang sudah mula boleh ditonton di saluran Astro First Eksklusif bermula 31 Oktober yang lalu ini merupakan filem seram pertama yang telah dilakonan oleh beliau.
“Hari kedua ketika penggambaran di Yogjakarta, Indonesia saya sudah dapat rasa lain macam ketika berada di bilik hotel."Saya tidak dapat berehat sepenuhnya sehinggalah saya meracau dan hampir dirasuk sehingga tidak boleh melelapkan mata kerana ketakutan,” katanya ketika ditemui pada majlis tayangan perdana filem berkenaan, baru-baru ini.
Jelas Raja Ilya, lokasi penggambaran yang dilakukan untuk filem itu sememangnya agak 'keras' sehingga terpaksa mendapatkan khidmat pengamal agama bagi mengelak perkara yang tidak diingini berlaku.
“Kami menjalani penggambaran selama sepuluh hari di tempat-tempat yang memang di tanda sebagai tempat ‘keras’ seperti di Borobudur, Parangtritis, Gunung Merapi dan Candi Prambanan.“Malah saya sendiri terpaksa menggunakan khidmat pengamal perubatan tradisional untuk mengembalikan semula semangat saya agar dapat meneruskan penggambaran," katanya. 
Berkongsi wataknya, Ilya memberitahu, ia benar-benar memberikan cabaran untuk diri beliau sendiri kerana terpaksa menjerit hampir setiap masa disepanjang pengambaran.

Oleh itu, tambah beliau, mungkin penonton yang menyaksikan filem ini, akan melihatnya sentiasa berada dalam keadaan cemas apabila anak hilang dan sentiasa menjerit serta menangis.

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.