Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

'NOW SDN. BHD. DICABAR BUAT LAPORAN SPRM!!!

SEMUT HITAM
'NOW SDN. BHD. DICABAR BUAT LAPORAN SPRM!!!
Pengarah 'Syarikat NOW Sdn. Bhd.' Jangan Buat Perangai Beruk!
Buat laporan kepada SPRM kalau betul dia ada bukti!!!
Sejak dua tiga hari ni, itu persoalan yang dibangkitkan dikalangan rakyat mengenai tindakan pihak NOW Sdn Bhd yang membuat dakwaan terhadap beberapa orang pemimpin UMNO.

"Syarikat" yang mendakwa diri mereka sebagai 'Pejuang Keadilan' itu sejak kebelakangan ini banyak mendedahkan skandal berkaitan dengan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM).

Persoalannya, kenapa pihak 'Syarikat' tersebut tidak membuat sebarang laporan mengenai pendedahan yang dilakukan terhadap Yayasan dan juga pemimpin UMNO yang dimaksudkan?

Sebaliknya, mereka hanya dilihat sekadar menyalak didalam laman media dengan membuat dakwaan kononnya mereka mempunyai bukti kukuh berkaitan dengan tuduhan yang dilakukannya.

Andaikata benar pihak 'Syarikat' tersebut mempunyai bukti yang kukuh, maka sewajarnya mereka perlu membuat laporan kepada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Biar perkara itu disiasat dan dibawa ke mahkamah bagi membuktikan bahawa mereka berada dipihak yang benar. Bukannya hanya sekadar berselindung disebalik kenyataan media.

Takkan pulak pihak 'Syarikat NOW Sdn. Bhd.' tu tak percaya dengan SPRM? Bukan ke sebelum ini puak - puak Pakatan Haprak tu memuji tindakan SPRM yang menjalankan siasatan terhadap 1MDB?

Jadi, kenapa mereka tidak membuat laporan kepada pihak SPRM tu? Adakah mereka TAKUT nak buat laporan kepada SPRM berkaitan dengan tuduhan yang dilemparkan terhadap YaPEIM?

Atau, adakah pihak 'Syarikat NOW Sdn Bhd' itu sendiri mempunyai agenda peribadi yang sengaja disembunyikan dari pengetahuan orang ramai dengan mengambil tindakan BACUL sedemikian rupa?

Adakah mereka hanya setakat nak cari 'Publisiti Murahan' dengan membuat kenyataan media dan melemparkan tuduhan terhadap pemimpin UMNO yang telah dikaitkan sebelum ini?

Kalau setakat nak cari Publisiti Murahan serta mendapat perhatian dari kalangan rakyat, baik tak payah sibuk la nak mendakwa diri mereka sebagai 'Pejuang Keadilan'. Kalau nak ambik tindakan itu pun diorang tak berani, tak payah la nak berlagak macam pejuang pulak!!!

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.