Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

[NYATAKAN BENAR WALAU PAHIT] BERANIKAH BTN nyatakan PM Najib dan TPM Zahid Hamidi itu PENDATANG?

CELAH GELEGAR
[NYATAKAN BENAR WALAU PAHIT] BERANIKAH BTN nyatakan PM Najib dan TPM Zahid Hamidi itu PENDATANG?

Biro Tatanegara (BTN) mendakwa tiada salahnya “pendatang” digunakan bagi menggambarkan Cina dan India di negara ini kerana ia fakta sejarah walau menteri menggesa istilah itu diharamkan.
Pengarah BTN Datuk Raja Arif Raja Ali berkata “pendatang” hanyalah bermaksud “imigran” yang memberi gambaran tepat warga asing atau menggambarkan asal-usul warga Malaysia tertentu.
“Saya fikir tiada salahnya perkataan itu tetapi cara kita ungkapkannya, [mungkin] tidak betul. ‘Pendatang’ diterjemah kepada bahasa Inggeris imigran, betul atau tidak?
“Cina, India, Iban, Kadazan, mereka semua rakyat Malaysia. Mereka warganegara Malaysia. Seperti kita belajar sejarah, sudah tentu asal-usul mereka tidak boleh dinafi,” katanya dalam satu sidang media.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S Subramaniam menggesa perkataan "pendatang" diharamkan kerana ia mengguris hati kaum Cina dan India yang sering dilabelkan dengan perkataan itu.
Beliau, yang juga presiden MIC, mencadangkan perkara itu dalam ucapannya di Perhimpunan Agung MIC ke-67, yang dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Kenyataan Raja Arif itu selari dengan pandangan Pensyarah Fakulti Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Prof Madya Dr Shamrahayu Abd Aziz yang menolak dakwaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini apabila mengatakan kaum Cina di Malaysia bukan pendatang.
Beliau berkata demikian mengulas kenyataan kontroversi Najib yang menyifatkan kaum Cina di Malaysia bukan pendatang, tetapi adalah anak watan yang juga memainkan peranan dalam pertumbuhan yang menakjubkan di negara ini.
“Sebab itu anda bukan pendatang. Anda adalah anak watan. Anda dilahirkan di sini, membesar di sini, dan apabila tiba masanya, apabila anda meninggal dunia, anda akan dikebumikan di sini,” kata Najib.
Mengulas kenyataan Najib itu, Pengerusi Biro Dakwah Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Ustaz Haji Omar Kassim pula berkata, tidak dinafikan kaum Cina di Malaysia telah mendapat kewarganegaraan.
“Benar kaum Cina dapat warganegara. Benar mereka ada hak sebagai rakyat Malaysia.
“Namun, tidak benar jika tok nenek mereka dulu bukan pendatang. Jadi mereka adalah bangsa pendatang,” katanya.
Disebabkan mereka bangsa pendatang, Haji omar berkata, mereka tidak sepatutnya mempertikai hak dan keistimewaan yang diperolehi bangsa Melayu.
NAJIB BANGGA JADI KETURUNAN BUGIS MAKASSAR 
Dimana-mana Perdana Menteri Malaysia selalu menyebut dalam dirinya mengalir darah Bugis-Makassar. Bahkan ketika melakukan pertemuan dengan Presiden RI, Susilo Bambang Yudoyono, Najid Tun Abdul Razak selalu mengatakan dia keturunan Bugis Makassar.
“Asal usul saya orang Bugis-Makassar. Tapi, saya Perdana Menteri untuk semua orang Malaysia,” kata Najib.
"Saya merasa pinang pulang kampung, sirih pulang kandang, karena garis keturunan saya adalah Makassar," kata Najib ketika penerimaan gelaran Doktor Honoris bidang ekonomi politik  dari Universitas Hasanuddin.
Sejumlah sumber resmi menyebutkan, Datuk Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak adalah keturunan Raja Gowa ke-16 yakni Mallombasi Daeng Mattawang Karaeng Bonto Mangape Muhammad Bakir yang bergelar Sultan Hasanuddin memiliki putra yakni Raja Gowa ke-19, Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone Sultan Abdul Djalil Tumenanga ri Lakiung. Salah satu dari putra Sultan Abdul Djalil ini merantau ke Pahang, Malaysia, yang merupakan leluhur Najib.(Ratnawati Hamzah)
ZAHID HAMIDI KETURUNAN JAWA
Ahmad Zahid Hamidi pula adalah putera dari Raden Hamidi Abdul Fatah dan Tuminah Abdul Jalil, yang sama-sama keturunan Jawa. 
Orang tua Raden Hamidi adalah pendatang asal Wates, Kulon Progo yang tiba di Semenanjung Malaya pada tahun 1932, sementara Tuminah berasal dari Ponorogo.
Ahmad Zahid Hamidi menikah dengan Datin Hamida Khamis dan dianugerahi 2 puteri (Nurul Hidayah dan Nurul Azwani) 3 putera (Ahmad Khairul Hafiz, Ahmad Syafiq Hazieq, dan Ahmad Asyraf Arief). 

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.