Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ORANG LAIN PUN SAYANG AYAH JUGAK!!!

SEMUT HITAM
ORANG LAIN PUN SAYANG AYAH JUGAK!!!
Nampak gayanya Si Nurul Izzah tu masih tak dapat tidur dengan nyenyak ekoran kontroversi yang diciptanya hujung minggu lepas. Masih ramai lagi yang mempertikaikan tindakan yang dilakukannya.

Dengan memberikan alasan demi alasan yang hanya bertaraf Longkang semata - mata, Si Nurul Izzah tu masih tak dapat lari dari dilihat melakukan 'Pengkhianatan' kepada rakyat, terutama di Sabah.

Alasan yang dia nyatakan sebelum ini, pertemuan itu dilakukan untuk menjayakan kempen menjaja 'Air Mata Buaya' buat Si Ketua Penipu tu yang kini berada di penjara jelas tak masuk akal.

Hakikatnya, Si Nurul Izzah tu perlu membezakan diantara perjuangan peribadi dengan perjuangan demi rakyat seperti mana yang dinyatakan oleh kebanyakkan pihak sebelum ini.
“Saya sayangkan ayah tetapi saya tidak sanggup berjumpa dengan penganas,” kata Rosnah Abdul Rashid Shirlin yang merujuk pertemuan Nurul Izzah Anwar dengan Jacel Kiram.
Timbalan Menteri Kerja Raya itu menegaskan, perbuatan Nurul Izzah berjumpa dengan anak pengganas demi membebaskan Si Ketua Penipu tu adalah tidak wajar dan tidak boleh diterima rakyat Malaysia.

Malah beliau juga turut berkata, ramai rakyat di Negara ini khususnya tidak dapat melupakan pencerobohan di Lahad Datu yang mengorbankan anggota keselamatan negara dan orang awam.
“Secara peribadi, saya tidak akan melupakan kejadian di Lahad Datu. Ramai yang kehilangan orang tersayang dalam kejadian ini, Keluarga kehilangan pencari nafkah, isteri kehilangan suami dan anak kehilangan bapa. Adakah kejadian ini boleh dilupakan?,” katanya di Lobi Parlimen.
Ahli Parlimen Papar itu berkata, ramai rakyat Sabah terkejut dengan isu itu dan mendesak tindakan diambil terhadap Izzah yang jelas tidak menghormati lansung perasaan rakyat di Sabah.
"Dan jika mereka tidak mahu Izzah datang ke Sabah, saya sokong. Ini bukan pertandingan populariti. Politik adalah perjuangan untuk rakyat,” katanya.
Katanya, permohonan maaf Izzah kepada rakyat Sabah sudah terlambat kerana ianya bukan mudah untuk rakyat Sabah melupakan perbuatan Ahli Parlimen Lembah Pantai itu begitu sahaja.
“Memang mudah meminta maaf dan mengharapkan orang melupakan perbuatannya. Dia tahu siapa Jacel Kiram dan peranan ayahnya dalam insiden di Lahad Datu. Izzah sudah dewasa dan tahu akibat daripada perbuatannya itu,” kata bekas Ketua Puteri UMNO itu.
Secara kesimpulannya, tindakan Si Nurul Izzah tu membuktikan bahawa dia bukan hanya sekadar mahu menjaga kepentingan Politik Peribadi dia sendiri, bahkan setakat mahu meraih sokongan Simpati Murahan demi membebaskan seorang Peliwat!!!

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.