Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PAS TAMBAHKAN LAGI PENING KEPALA AZMIN!!!

SEMUT HITAM
PAS TAMBAHKAN LAGI PENING KEPALA AZMIN!!!
Makin hari makin tak cukup tidur la Si Azmin ni dibuatnya. Lepas satu persatu masalah dibangkitkan sepanjang dia menjadi Menteri Besar Selangor tu. Tak habis - habis dengan kontroversi.

Tapi secara tidak lansung, ianya membuktikan bahawa Si Menteri Besar Selangor tu sebenarnya TAK LAYAK duduk dikerusi tu. Sebab dia tak mampu nak menyelesaikan masalah yang sedang dihadapi.

Hari ini, Pemuda PAS mahu DAPigs memberikan penjelasan kepada rakyat tentang pendirian parti tersebut terhadap kerajaan Selangor yang diterajui oleh Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali.
"Adakah mereka ingin menghancurkan kerajaan sedia ada dan memberikan laluan mudah untuk Barisan Nasional (BN) kembali berkuasa demi melunaskan dendam mereka kepada Pas atau mahu pertahankannya?," kata Naib Ketua Pemuda Pas, Ir Khairil Nizam Khirudin.
Khairil Nizam berkata, Pemuda Pas menyokong kenyataan Pesuruhjaya PAS Selangor yang menegaskan bahawa PAS Selangor tidak akan tunduk kepada desakan Pengerusi DAPigs Kajang Baru sebelum ini.
"Pas kekal dengan pendirian sedia ada untuk terus mempertahankan kerajaan Selangor sehinggalah pilihan raya akan datang demi kepentingan rakyat," ujarnya dalam satu kenyataan hari ini."Pas tidak akan tunduk dengan sebarang tekanan dan permintaan untuk keluar dari kerajaan Selangor dan akan terus menyokong kepimpinan Menteri Besar sekarang."Pas menggesa agar Selangor tidak dikorbankan demi memenuhi hasrat pemimpin tertentu yang gagal melihat kepentingan rakyat berbanding dengan kepentingan politik mereka," katanya lagi.
Menurut beliau, PAS sentiasa terbuka untuk berbincang dengan sesiapa sahaja secara matang mengenai masa depan Selangor, namun ianya terpulang kepada pendirian parti masing-masing untuk menghormati prinsip dan perjuangan yang lain.
"PAS percaya lebih ramai ahli DAP yang tidak bersetuju dengan pandangan itu, walaupun PAS dan DAP kini sudah tidak sehaluan."PAS melihat rakyat sudah bosan dengan percaturan untuk meruntuhkan kerajaan Selangor. Adalah lebih baik DAP melihat ke hadapan untuk memastikan segala janji kepada rakyat ditunaikan sebelum pilihanraya akan datang," kata Khairil Nizam lagi.
PAS juga katanya tidak risau sekiranya dalam Pilihan Raya Umum yang akan datang DAPigs akan bertanding tiga penjuru di kerusi - kerusi peringkat Dun dan Parlimen yang dimiliki parti itu.

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.