Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PEMBOHONGAN AZMIN TERBONGKAR LAGI!!!

SEMUT HITAM
PEMBOHONGAN AZMIN TERBONGKAR LAGI!!!
Hahaha!!! Inilah bahananya bila kuat sangat MENIPU rakyat. Penyudahnya KANTOI juga akhirnya. Dek kerana nak lepaskan diri, Si Azmin tu selamba badak je nak tuduh salah orang lain.

Memang patut sangat la orang panggil dia "Menteri Besar Cap Ayam" sebab dia jelas Tak Bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas serta amanah yang telah diberikan kepada dia.

Jika sebelum ini, pelbagai pihak telah mempersoalkan kewajaran untuk Rejim Pakatan Selangor dibawah pimpinan dia tu membina TIGA BUAH LEBUHRAYA BERTOL di Selangor.

Bahkan lebuhraya itu juga turut menjadi pertikaian dikalangan kepimpinan puak - puak PKR tu sendiri. Malah ianya juga turut dibangkitkan oleh ahli - ahli parti tu diperingkat bawahan.

Dalam kenyataan media yang dibuat sebelum ini, Si Azmin tu menafikan bahawa cadangan untuk membina tiga buah lebuhraya tu dibuat sewaktu dia menjawat jawatan sebagai Menteri Besar.

Tapi Si Azmin tu membuat dakwaan ianya telah dicadangkan oleh Menteri Besar yang mentadbir Selangor sebelum ini. Dah tak pasal - pasal Si Khalid Ibrahim tu jugak yang jadi mangsa dia.


Hari ini, giliran Khalid Ibrahim pulak tampil dan menafikan dakwaan serta tuduhan yang dibuat oleh Si Azmin tu secara terbuka dalam satu kenyataan media yang disiarkan seperti dibawah.
SHAH ALAM - Bekas Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tampil memberi pencerahan berkaitan sindiran kononnya beliau berperanan membenarkan pembinaan lebuh raya bertol di Selangor.

Beliau menegaskan walaupun  ada persetujuan secara prinsip atau persetujuan bersyarat secara administratif terhadap keperluan merancang satu sistem aliran trafik yang berkesan termasuk membina jajaran jalan raya lingkaran luar dan dalam Lembah Klang.

"Namun tidak pernah sama sekali perintah pembangunan atau "development order" dikeluarkan semasa pentadbiran saya bagi mana-mana projek.

"Persetujuan secara prinsip yang diberikan juga tertakluk pada hasil kajian Penilaian Kesan Trafik, Sosial dan Alam Sekitar bagi memastikan mana-mana projek lebuh raya bertol yang dicadangkan bakal memberi manfaat kepada rakyat, tidak membebankan rakyat atau memberi kesan negatif ke atas alam sekitar," katanya.


Adun Pelabuhan Klang itu juga menjelaskan, sebagaimana yang berlaku kepada projek Lebuhraya Kidex, pentadbiran sekarang mempunyai kuasa untuk tidak mengeluarkan perintah pembangunan bagi SUKE, DASH dan EKVE.
Nah!!! Tidakkah kenyataan ni membuktikan bahawa Si Azmin tu dah MENIPU rakyat demi untuk menyelamatkan diri dia sendiri? Atau, adakah Si Khalid ni yang menipu? Pokok pangkalnya, pemimpin dikalangan Pakatan Haprak tu bukannya boleh percaya sangat!!!

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.