SEMUT HITAM
PEMUDA GESA HUSAM SEGERA "BERTAUBAT"!!!
"Banyak dakwaan yang dinyatakan oleh Adun Salor, Datuk Husam Musa tidak dapat dibuktikan." Itu respons Naib Ketua Pemuda PAS berhubung dakwaan terbaharu bekas Exco Kelantan itu.
Khairil memberi contoh dakwaan Husam berkaitan Pemuda Pas yang kononnya menerima RM300,000 daripada tiga Exco Kelantan ketika menganjurkan Himpunan Fastaqim di Kelantan baru-baru ini. yang ternyata hanya dakwaan semata-mata.
"Husam selalu memetik sumber sekunder ketika membuat dakwaan, kalau diperhatikan tulisan Husam akan menulis (katanya) iaitu merujuk kepada orang kedua bukan dirinya sendiri."Dan semakan kami secara terperinci terhadap dakwaan Husam hanyalah dakwaan semata-mata, kerana tiada RM300,000 di dalam akaun yang dimaksudkan, itu saya sendiri yang semak," katanya kepada Sinar Online.Oleh itu, Khairil mencabar Husam untuk melampirkan segala bukti berhubung dakwaan yang telah dibuat oleh Husam terhadap PAS. Dan sekiranya gagal, maka dia perlu segera bertaubat.
"Dia (Husam) ada bukti, bawa bukti, kami (Pemuda Pas) sanggup buat laporan kepada Jawatankuasa Disiplin parti sekiranya Husam tampil dengan bukti di setiap dakwaanya. Sekiranya tidak, kami mengandaikan dakwaan Husam hanyalah dakwaan beliau semata-mata. Berhati-hati apabila bercakap, jangan hanya membuat dakwaan. Kalau tidak bertaubatlah," katanya.Dalam erti kata lainnya, sekiranya Husam GAGAL untuk mengemukakan bukti berkaitan semua dakwaan yang dibuat, itu menjelaskan bahawa dakwaan yang dibuat oleh Bekas Naib Presiden PAS itu hanya sekadar FITNAH semata - mata!!!
0 comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.