CELAH GELEGAR
[PUNCA NAJIB TIDAK TEGAS] Dr. Chandra Muzaffar: Cauvinic Cina DAP & MCA, Mengaku Terima Perlembagaan TETAPI Ketepikan bahasa Melayu, agama Islam, Sistem Raja, Pertahan Sekolah Cina
KUALA LUMPUR, Sabtu – Presiden Gerakan Keadilan Sejagat (JUST), Dr Chandra Muzaffar meluahkan rasa kecewanya terhadap kaum bukan Melayu khususnya parti rasis dan cauvinis DAP dan MCA.
Ini kerana mereka masih tidak mahu memahami dan membuktikan empati terhadap sejarah dan latar belakang negara seperti sistem raja-raja, bahasa Melayu dan budaya Melayu.
“Dari dulu sampai sekarang, saya kecewa dengan DAP. Mereka mengaku menerima Perlembagaan. Tapi di manakah bukti kesetiaan mereka dari segi realiti? Adakah mereka memperjuangkan bahasa Melayu dalam negara kita? Tak pernah.
“Sistem sekolah yang selalu mereka bangkitkan adalah sekolah Cina. Begitu juga MCA. Isu-isu pembangunan sekolah kebangsaan mereka tak bincang.
“PM China yang melawat Melaka memuji kaum Baba Nyonya yang fasih bercakap Melayu dan mengamalkan budaya Melayu. Pemimpin-pemimpin Cina tak pula bangkitkan isu ini,” katanya kepada Ismaweb selepas membentangkan kertas kerja di Sidang Kemuncak Kuala Lumpur (KL Summit 2015) di sini hari ini.
Katanya, antara masalah utama yang ada pada bukan Melayu ialah tidak memiliki empati terhadap ‘collective memory’ orang Melayu seperti kedudukan agama Islam, bahasa Melayu, sistem raja-raja, sejarah dan latar belakang negara.
“Masalah kedua ialah mereka selalu anggap diri mereka ‘oppressed’, anggap mereka kelas kedua yang dipinggirkan.
“Ini bacaan mereka terhadap diri mereka dan ini tidak adil. Benarkah mereka golongan dipinggirkan? Lihat ekonomi, budaya, akhbar, radio, budaya, bahkan dalam politik mereka tidak dipinggirkan.
Mengulas peranan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak dalam isu ini, beliau berkata, Najib kurang tegas.
“Datuk Seri Najib memang bermasalah, secara terus terang lah ya, dia kurang tegas dalam soal-soal melibatkan kaum.
“Mereka tak ada perasaan langsung terhadap bahasa, ramai kaum Cina tak fasih langsung berbahasa Malaysia, dalam Parlimen pun pelat, so itulah saya nampak isu kaum, big problem to the nation,” katanya.
Dalam pembentangannya, Dr Chandra berkongsi idea mengenai konsep good governance yang lebih luas dan mendalam daripada demokrasi.
“Kita tahu demokrasi itu penting. Dan ada beberapa unsur demokrasi yang boleh kita anggap sebahagian daripada good governance, tapi good governance itu lebih luas daripada demokrasi, kerana isu-isu kemiskinan, integriti dan accountibility, isu-isu ini juga penting dari segi good governance.
“Tapi yang saya bimbang dari segi perbincangan intelektual dalam soal demokrasi, idea itu kuat dipengaruhi oleh kepentingan Barat,” katanya. -ismaweb
0 comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.