Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Punca Sebenar Dato Hamidah DIPECAT UMNO TERBONGKAR

CELAH GELEGAR
Punca Sebenar Dato Hamidah DIPECAT UMNO TERBONGKAR

Ketua Wanita Umno Bahagian Gopeng, Datuk Hamidah Osman diumum dipecat daripada keahlian dan jawatan dari parti Umno petang tadi oleh Najib.
 
Presiden Umno, Najib berkata, keputusan itu dibuat sebulat suara oleh barisan ahli mesyuarat Majlis Tertinggi Umno pada hari ini.

"Dalam soal disiplin parti, Majlis Tertinggi sebulat suara memecat (Dato') Hamidah Osman daripada keahlian kerana pelanggaran disiplin" kata Najib pada sidang media selepas selesai Mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di Parlimen petang tadi.

Berdasarkan surat tunjuk sebab yang diterima ini jelas menyatakan pemecatan yang berlaku hari ini adalah kerana Dato' hamidah telah menganjurkan Program bicara Negara bersama YABhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad sebelum ini.

Dato' Hamidah bukan menjemput Lim Kit Siang atau Lim Guan Eng atau Wan Azizah atau Tian Chua atau mana-aman pemimpin pembangkang.

Tetapi beliau telah menjemput Tun Mahathir.

"Besar sungguh" kesalahan Dato' Hamidah kerana menjemput seorang ahli UMNO yang merupakan bekas Perdana Menteri Malaysia yang telah memegang jawatan itu selama 22 tahun. 

Beliau telah menjemput seorang yang sangat besar jasanya kepada negara malah disanjung oleh dunia arab dan disegani di seluruh dunia.

Jelaslah UMNO semakin buta dan menuju kehancuran.

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.