SEMUT HITAM
RAIH SOKONGAN MUSUH NEGARA TU PERKARA KECIL???
Wah!!! Inilah yang orang kata, matlamat menghalalkan cara. Jelas, tindakan yang dilakukan oleh Si Wan Azizah ni memang nampak sangat dia terdesak nak menegakkan benang basah anak dia.
Hakikatnya, apa yang dilakukan oleh Si Nurul Izzah tu adalah sesuatu yang tidak wajar. Ternyata dia tidak sensitif terhadap sentimen rakyat yang terkesan dengan pencerobohan di Lahad Datu tu.
Walaubagaimana pun, alasan yang diberikan oleh Si Wan Azizah untuk membela anak kesayangan dia tu juga boleh dianggap dangkal dan dilihat seolah - olah cuba nak memperbodohkan rakyat.
Kata Si Wan Azizah, isu berkaitan dengan Si Nurul Izzah tu isu kecil yang tak perlu untuk diperbesar - besarkan. Bahkan, Si Wan Azizah tu juga mendakwa anak dia menjadi 'Mangsa Buli'.
"Itu semestinya (serangan peribadi) dan ia adalah perkara kecil dan Izzah bukan penganjur majlis itu. Malahan mereka juga memberi publisiti kepada Izzah," katanya ketika ditemui media selepas memberi Ucapan Penggulungan Kongres Nasional Tahunan ke-11 di sini, hari ini.Persoalannya, apa tujuan Si Nurul Izzah tu pergi berjumpa dengan pihak yang turut dihadiri oleh Si Puteri Kiram tu? Adakah ianya untuk kebajikan rakyat atau sekadar menjaga kepentingan peribadi?
Si Nurul Izzah tu pergi berjumpa dengan pihak yang turut disertai oleh Si Puteri Kiram tu adalah untuk meraih sokongan Simpati Murahan bagi membebaskan Si Peliwat tu dari penjara.
Maka sudah pasti ianya bersifat peribadi dan bukannya untuk menjaga kepentingan rakyat. Dan tambah memeranjatkan, Si Nurul Izzah tu sanggup bersekongkol dengan musuh Negara.
Bayangkan. Jika sekarang diorang sanggup berjumpa dengan pihak musuh yang sebelum ini telah mencemar kedaulatan Negara demi untuk menjaga kepentingan Politik Peribadi diorang sendiri, macam mana pulak jika mereka dapat kuasa nanti? Bertambah jahanam la jawabnya!!!
0 comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.