Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SAMAN TIAN CHUAK, TAKTIK UNTUK TUTUP CERITA!!!

SEMUT HITAM
SAMAN TIAN CHUAK, TAKTIK UNTUK TUTUP CERITA!!!
Hehehe!!! Nampak gayanya puak - puak dikalangan pemimpin PKR tu dah semakin terdesak apabila kontrversi yang tidak diundang melanda dua orang Naib Presiden parti itu baru - baru ini.

Pelbagai alasan bertaraf LONGKANG telah diberikan oleh kepimpinan PKR serta sekutu - sekutu mereka dari kalangan DAPigs, tetapi ianya dilihat tidak mampu untuk meredakan keadaan.

Jika sebelum ini, Si Tian Chuak tu tampil dan memberikan alasan KONONnya Si Nurul Izzah tu tak 'Berjumpa' pun dengan Puteri Kiram itu. Sebaliknya, mereka hanya 'Bergambar' sahaja.

Tapi malangnya, alasan yang diberikan oleh Si Tian Chuak tu hanya dilihat cuba nak memperbodohkan rakyat yang jelas dapat melihat Si Nurul Izzah 'bergaul mesra' dengan Puteri Si Kiram tu.

Kemudian Si Tian Chuak cuba nak ubah kenyataan yang dibuat dan mendakwa KONONnya dia serta Nurul Izzah 'Tak Kenal' pun dengan Puteri Kiram tu sewaktu perjumpaan tersebut diadakan.


Sekali lagi, nampak sangat Si Tian Chuak tu seolah - olah cuba nak memperbodohkan rakyat dengan memberikan alasan bertaraf LONGKANG seperti itu. Ianya jelas 'Tak Masuk Akal'.

Mungkin dek kerana malu dengan alasan sedemikian, maka puak - puak PKR tu katanya akan mengambil tindakan drastik bagi meredakan isu yang sedang hangat diperkatakan pada ketika ini.

Kaedahnya ialah dengan 'Mengugut' mana - mana pihak yang mengaitkan Si Tian Chuak tu sebagai dalang pertemuan diantara Nurul Izzah dan Puteri Kiram tu akan dikenakan tindakan saman.
KUALA LUMPUR - PKR memberi sokongan sepenuhnya terhadap Ahli Parlimen Batu, Tian chua untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang mengaitkannya sebagai dalang perjumpaan antara Ahli Parlimen Pantai, Nurul Izzah Anwar dan anak pengganas Sulu baru-baru ini. - lapor Sinar Harian
Jika kita lihat dari satu sudut, tindakan yang diumumkan oleh kepimpinan PKR tu adalah jalan terakhir bagi meredakan keadaan untuk menamatkan kontroversi tersebut dari terus diperkatakan.

Mungkin taktik itu akan berjaya bagi sesetengah pihak. Tapi hakikatnya, apa yang telah mereka lakukan itu tidak mungkin dapat dilupakan. Realitinya, puak - puak PKR tu sanggup melakukan apa saja demi untuk menjaga kepentingan Politik Peribadi mereka sendiri!!!

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.