Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

[SEMPAT LAGI TAHAN PAGI INI] Obama harus ditahan kerana menghasut, hina Islam! kata The Malaysian Insider

CELAH GELEGAR
[SEMPAT LAGI TAHAN PAGI INI] Obama harus ditahan kerana menghasut, hina Islam! kata The Malaysian Insider
Perjumpaan Obama dengan sekutu Amerika di Malaysia pada lawatan ke Malaysia tahun 2014

Ambiga mengaku terima dana daripada organisasi Amerika iaitu NDI dan OSI

KiniTv juga menerima dana raipada Amerika


Tahun ini pula (lawatan 2015). Obama sekali lagi bertemu dengan wakil-wakil pertubuhan sivil ini dalam satu perjumpaan tertutup.Antara yang hadir adalah Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah, Ambiga selaku wakil Negaraku, Cynthia Gabriel, Nisha Ayub, Justice for Sisters Group, juga kelihatan, Premesh CEO Malaysiakini. Mereka-mereka ini jika kita ingat berada juga dalam koalisi COMANGO dan juga BERSIH

Bayangkan sampai Obama sendiri tanpa ragu, boleh face to face menghadap mereka. Sudah tentulah mereka penting kepada Amerika. Bahasa lebih tepat, mereka adalah proksi Amerika Syarikat dalam menjalankan agenda imperialisme mereka ke Malaysia.Mereka dah menyerang kita daripada segenap sudut. Tak kan kita masih tak perasan lagi?

Puas hatilah orang UMNO dengan transformasi Najib kesayangan mereka agaknya

Jahanam! mentang-mentang Obama,US dah jadi sekutu kuat depa, depa main-main pulak dengan Jais. Kesian Melayu, Islam dan Malaysia di bumi bertuah ini sentiasa jadi bahan buli.

Ini bahana Malaysia berpeluk cium dengan Amerika.

Ikuti tulisan Amin Iskandar di Yhe Malaysian Insider:

Dalam lawatannya ke Malaysia kali ini, selain mempromosikan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA), Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama sempat bercakap tentang hak lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) dan perkahwinan sejenis.

Menjawab pertanyaan seorang belia biseksual dari Thailand tentang apakah seseorang patut dipenjarakan kerana mempunyai orientasi seksual berbeza, Obama berkata, ianya tidak seharusnya dilakukan.

Obama berkata, walaupun orang ramai mempunyai agama dan tradisi budaya mereka yang tersendiri, tiada siapa patut memaksa seseorang untuk berkelakuan mengikut cara tertentu.


Katanya, sesebuah negara seharusnya mengiktiraf perkahwinan bagi semua pihak termasuk perkahwinan sejenis.

Ironinya, Malaysia kini sedang memenjarakan bekas ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana didakwa meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan. Ertinya di Malaysia, hubungan sejenis tidak dibenarkan dan pelakunya boleh dipenjarakan. Apa lagi untuk mengharapkan perkahwinan sejenis diiktiraf.

Jadi, kenyataan Obama agar negara perlu mengiktiraf perkahwinan sejenis bolehlah dianggap sebagai satu kesalahan di bawah Akta Hasutan 1948.

Sempat lagi untuk polis menahan Obama pagi ini sepertimana yang pernah dilakukan terhadap pemimpin pembangkang, aktivis badan bukan kerajaan (NGO) dan pengamal media apabila didapati menghasut.

Jais perlu ambil tindakan terhadap Obama

Selain itu, mengiktiraf perkahwinan sejenis adalah bercanggah dan boleh dianggap sebagai menghina agama Islam.

Obama mengeluarkan kenyataan itu di Taylor's University di Petaling Jaya yang berada di bawah bidang kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).

Bukankah sebelum ini Jais mempunyai “rekod cemerlang” menyerbu gereja kerana takut akidah umat Islam diganggu gugat?

Jais juga pernah menahan seorang pendakwah Islam kerana bersyarah tanpa mempunyai tauliah. 

Bible berbahasa Melayu dan Iban pernah dirampas Jais kerana menggunakan kalimah Allah.

Kesalahan Obama mempromosikan LGBT dan perkahwinan sejenis lebih besar berbanding menganjurkan jamuan makan malam, syarahan tanpa tauliah dan bukan Islam menggunakan kalimah Allah.

Mengapa Jais tak berani tahan Obama?

Menghairankan juga, tidak kedengaran suara “penjaga akidah umat Islam” Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menghentam Obama. Begitu juga suara Ketua Pemuda PAS Nik Abduh Nik Abdul Aziz.

Tiada juga suara menteri-menteri yang sebelum ini menghina Anwar kerana dikatakan melakukan aktiviti seks di luar tabii bersuara mengecam Obama.

Takutkah mereka dengan Obama? Atau Obama harus dihormati kerana itu hak demokratiknya untuk bersuara?

Jadi fahamlah kita, retorik Islam yang seringkali digunakan golongan jenis ini mempunyai “double standard”.

Selain itu, tindakan hanya diambil terhadap golongan lemah dan mudah dibuli.

Apabila berdepan dengan kuasa besar seperti Obama dan AS, semuanya menikus ketakutan! – 22 November, 2015.

Tulisan: Amin IskandarAmin Iskandar merupakan penerima anugerah zamalah Asian Public Intellectuals (API) tajaan The Nippon Foundation (TNF). Kini merupakan Pengarang Berita portal The Malaysian Insider.

Sumber: The Malaysian Insider

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.