SEMUT HITAM
SIFAT SOMBONG GUAN ENG SEMAKIN TERSERLAH!!!
Kesombongan dan keangkuhan Si Tokong DAPigs ni nampak gayanya semakin menyerlah. Nak pulak sejak DAPigs berjaya menyingkirkan PAS dari Pakatan Haprak tu baru - baru ini.
Jadi, puak - puak DAPigs tu menjadi semakin sombong dan bongkak kerana menganggap diri mereka sebagai 'Abang Besar' dalam Pakatan dimana semua orang kena 'Kow-Tow' pada kehendak mereka.
Tindakan yang dilakukan oleh Si Guan Eng yang menuduh lima wakil rakyat PKR 'bersama Umno' menunjukkan berlakunya keretakan hubungan antara DAPigs dan PKR di Pulau Pinang.
Ketua Pemuda MCA, Senator Chong Sin Woon berkata, keretakan ini berlaku kerana lima wakil rakyat tersebut bertindak berkecuali daripada mengundi usul tebus guna tanah di Pulau Pinang.
"Kita nampak sangat keretakan dan perpecahan di pakatan selepas pergaduhan di antara DAP dan PAS. Sekarang PKR juga menunjukkan ketidakpuasan hati mereka," katanya sewaktu ditemui pemberita di Parlimen, hari ini.Mengulas lanjut, Sin Woon juga turt menjelaskan bahawa Guan Eng kini dilihat semakin angkuh dan langsung tidak boleh menerima sebarang komen dan kritikan dari sesiapa pun.
"Sudah ada di depan mata kita bagaimana keangkuhan Guan Eng dan menjadikan dia seorang yang tidak boleh menerima sebarang komen termasuk di Pulau Pinang," katanya lagi.Sebelum ini, Pemuda PKR Pulau Pinang mendesak Guan Eng menarik balik dan memohon maaf secara terbuka atas keterlanjuran membuat tuduhan melulu terhadap lima wakil rakyat PKR berikutan isu usul tambakan laut.
Ia ekoran tindakan lima wakil PKR tidak mengundi di dalam usul isu tebus guna tanah seluas lebih 2,600 hektar sewaktu dalam sidang Dewan Undangan Negeri yang diadakan baru - baru ini.
0 comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.