CELAH GELEGAR
Status FB berbaur hasutan TERMASUK Kes Morais, KPN arah tahan pemilik akaun
KUALA LUMPUR, 26 November: Gara-gara memuat naik status memerli Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, seorang pemilik akaun Facebook berdepan dengan tindakan polis hari ini.
Pemilik akaun yang dikenali sebagai Faisal bin Rohban memuat naik status yang mendakwa Perdana Menteri dan isteri terlibat dalam beberapa kes pembunuhan berprofil tinggi di negara ini.
Gara-gara memuat naik status memerli Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, seorang pemilik akaun Facebook berdepan dengan tindakan polis hari ini. – Foto Twitter Khalid Abu BakarDakwaan tersebut termasuk pembunuhan membabitkan model Mongolia Altantuya Shaariibuu; Pengerusi Ambank Hussain Ahmad Najadi; penyiasat persendirian P. Balasubramaniam (PI Bala), dan Timbalan Pendakwa Raya, Anthony Kevin Morais.
Susulan itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengarahkan anggotanya melalui Pusat Tindak Balas Siasatan Siber Polis (PCIRC) mengesan dan menahan individu yang memuat naik status tersebut.
“PCIRC@PDRMsia, Kesan dan Tahan penama dibawah ini kerana menghasut,” katanya dalam Twitter hari ini.
Sementara itu, pemilik akaun, Faisal dalam statusnya berkata dia berada di wad kerana menerima rawatan sakit jantung sejak pagi tadi.
“Saya mengambil tanggungjawab atas apa yang berlaku.
“Saya akan pergi PCIRC sebentar lagi. Dalam proses mendapatkan kebenaran doktor untuk keluar dari wad seketika,” katanya dalam posting di Facebook selepas menyedarinya statusnya mendapat perhatian polis.
Dalam posting terbaru Faisal di Facebook tadi, dia menghargai sokongan dan meminta orang ramai untuk tidak mempertikaikan perkara yang diperkatakan Ketua Polis Negara.
“Mungkin dalam itu ada kesilapan saya yang tidak saya sedari walaupun saya bermaksud memperli,” katanya. - TheRakyatPost
0 comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.