Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

['TERBAIKKK'] Pengerusi Eksekutif NFC bebas tuduhan pecah amanah

CELAH GELEGAR
['TERBAIKKK'] Pengerusi Eksekutif NFC bebas tuduhan pecah amanah

Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini melepas dan membebaskan Pengerusi Eksekutif National Feedlot Corporation Sdn. Bhd. (NFC), Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail daripada dua pertuduhan pecah amanah membabitkan RM49.7 juta.
Hakim Norsharidah Awang membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, untuk melepas dan membebaskan Mohamad Salleh mengikut Seksyen 254 Kanun Acara Jenayah,
Pada 12 Mac 2012, Mohamad Salleh, 66, yang juga pengarah NFC didakwa melakukan pecah amanah dengan menyalahgunakan wang RM9,758,140.
Ini melalui empat keping cek NFC untuk membiayai sebahagian pembelian dua unit kondominium di kompleks One Menerung di ibu negara.
Beliau juga dituduh melakukan kesalahan sama dengan memindahkan wang RM40 juta melalui satu cek, ke dalam akaun syarikat National Meat Livestock Corporation pada 2009.
Beliau dan seorang daripada anaknya adalah pemilik syarikat berkenaan.
Kedua-dua pertuduhan itu dibuat mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum sehingga 20 tahun dan sebatan serta denda jika sabit kesalahan. -MK

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.