Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TERIMA KASIH YUS KERANA MENGHIBURKAN KAMI!!!

SEMUT HITAM
TERIMA KASIH YUS KERANA MENGHIBURKAN KAMI!!!
Al-Fatihah. Sesungguhnya setiap yang hidup itu pasti akan mati. Walaupun tak sempat nak diluahkan sebelum ini, tapi kita tetap menghargai sumbangan yang diberikan oleh Allahyarham.

Dalam keadaan kita hari - hari menghadapi senario semasa yang agak tegang dengan pelbagai jenis masalah yang dicipta oleh manusia, kelibat Allahyarham sentiasa menghiburkan.

Setidak - tidaknya, Allahyarham membuatkan kita terlupa sejenak perihal kehidupan seharian yang agak 'Hectic' dan penuh dengan tekanan. Itulah jasa yang ditinggalkan oleh Allahyarham.

Terima kasih diucapkan kepada Allahyarham kerana menghiburkan kami. Takziah diucapkan kepada pihak keluarga. Dan sama - sama kita doakan semoga ruh Allahyarham ditempatkan dikalangan orang - orang yang beriman serta dicucuri rahmat dari Allah S.W.T. Al-Fatihah.
PETALING JAYA: Pelawak Yus Jambu atau nama sebenarnya Yussry Edoo, 39, meninggal dunia akibat sesak nafas di Hospital Selayang kira-kira pukul 12.30 pagi Isnin.

Pelawak Tauke atau nama sebenarnya Zamatul Amri Zakaria, 39, memberitahu berita tersebut menerusi laman sosial Facebooknya.

"Minta kawan-kawan sedekahkan Al Fatihah kepada arwah," tulisnya.

Sementara itu, Afdlin yang dihubungi memberitahu berita tersebut disampaikan oleh salah seorang rakannya iaitu pelakon Angeline Tan.

"Saya tidak tahu terperinci tentang itu, namun berita itu disampaikan oleh salah seorang rakan iaitu pelakon Angeline Tan. Katanya, mereka baru pulang dari Konsert Raja Band di Dataran Merdeka dan dalam perjalanan pulang arwah sesak nafas. Jenazahnya masih berada di Hospital Selayang," ujarnya kepada mStar Online.

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.