Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tiada wang pencen dilaburkan di Mongolia – Najib

CELAH GELEGAR
Tiada wang pencen dilaburkan di Mongolia – Najib
KUALA LUMPUR: Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan Kumpulan Wang Amanah Persaraan (KWAP) tidak pernah membuat sebarang pelaburan di Mongolia.
Najib yang juga Perdana Menteri turut menjelaskan portfolio pelaburan domestik dan antarabangsa KWAP dari tahun 2010 hingga 30 September 2015 adalah sebanyak 39.05 bilion.
“Ia terdiri daripada ekuiti RM29.32 bilion dalam pinjaman dan sekuriti hutang persendirian, RM29.32 bilion dalam pinjaman dan sekuriti hutang persendirian.
“RM29.10 bilion dalam sekuriti kerajaan Malaysia, RM6.16 bilion dalam deposit pasaran wang, RM1.09 bilion dalam hartanah, RM1.12 bilion dalam ekuiti persendirian, RM5.18 bilion dalam ekuiti antarabangsa, RM2.82 bilion dalam pendapatan tetap antarabangsa, RM3.91 bilion dalam hartanah antarabangsa.
“Namun, setakat 30 September 2015, KWAP tidak mempunyai apa-apa pelaburan di Mongolia,” ujarnya lagi.
Najib berkata demikian bagi menjawab pertanyaan lisan Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul yang meminta Najib menyenaraikan semua pelaburan KWAP. -FMT

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.