Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TSMY KECEWA, G25 ENGGAN BANTU!!!

SEMUT HITAM
TSMY KECEWA, G25 ENGGAN BANTU!!!
Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin pernah bertemu kumpulan moderat G25 dan cuba mendapatkan bantuan mereka dalam menentang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, demikian pendedahan seorang ahli kumpulan itu, Tawfik Ismail.

Bagaimanapun, Tawfik, yang merupakan anak timbalan perdana menteri Malaysia kedua Tun Dr Ismail Abdul Rahman itu berkata, G25 mengambil pendirian yang tidak memihak sesiapa dan enggan terlibat dalam perkara seperti itu.

Tawfik berkata, Muhyiddin memanggil G25 untuk satu mesyuarat pada September dan memberitahu rasa tidak puas hati beliau terhadap kepimpinan Najib dan bagaimana beliau berakhir di kedudukannya sekarang.
"Kemudian beliau bertanya kepada kami, bagaimana kami boleh membantu. Kami berkata, pertamanya, kami tidak fikir kami cenderung memihak kepada sesiapa dalam politik. Kami 'non-partisan' (tidak berpihak)."Dan kami memberitahunya, kami merasakan beliau dan Dr Mahathir bukan orang yang tepat untuk melawan Najib. Beliau sedikit terperanjat, meminta saya menerangkan maksud saya."Jadi, saya kata, untuk setiap damak yang anda baling kepada Najib, Najib baling balik dua damak," kata Tawfik, sambil menambah, orang ramai hanya akan tambah keliru dengan keadaan berbalas-balas seperti itu.
Muhyiddin diberitahu yang segala masalah sepatutnya ditangani golongan muda yang akan mewarisi negara ini, dan memberi contoh Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin, Ketua Pemuda PKR Nik Nazmi Nik Ahmad dan pemimpin DAP Liew Chin Tong.
"Mereka ini pemimpin muda masa depan yang mempunyai kepentingan yang lebih besar terhadap apa yang berlaku pada masa akan datang berbanding Dr Mahathir, Muhyiddin dan Najib," kata Tawfik.
G25 juga memberitahu Muhyiddin, dengan menyebelahi mana-mana pihak, mereka tidak akan dapat memainkan peranan mereka membawa mesej kesederhanaan di negara ini, kerana mereka akan terpaksa mengasingkan segmen tertentu, katanya.
"Adalah lebih baik bagi kami membawa pemain semasa kembali ke tengah. Kerana, jika anda tidak boleh menyingkirkan mereka, mungkin anda boleh ubah mereka," kata Tawfik mengenai perbualan kumpulan itu dengan Muhyiddin.
Muhyiddin digugurkan dalam rombakan kabinet pada akhir Julai, selepas secara terbuka mempersoalkan dakwaan skandal kewangan melibatkan syarikat 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dan wang RM2.6 bilion yang diterima Perdana Menteri dalam akaun bank peribadinya.

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.