Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TUDUHAN "SANGAT DAHSYAT" KATA DIA!!!

SEMUT HITAM
TUDUHAN "SANGAT DAHSYAT" KATA DIA!!!
Wah!!! Bukan main lagi Si Nurul Izzah ni kata tuduhan yang dilempar terhadap dia sejak dua tiga hari ini 'Sangat Dahsyat' ek. Inilah masalahnya bila jadi pemimpin yang Tak Sedar Diri.

Walhal, semua orang tau yang kenyataan Si Nurul Izzah hanya dijadikan sebagai mekanisme untuk menjustifikasi tindakan saman yang diambil terhadap dua orang individu sebelum ini.

Kata Si Nurul Izzah, dia dah pun mintak maaf kepada rakyat Malaysia khususnya kepada keluarga serta rakyat di Negeri Sabah diatas penyebaran gambar dia dengan Puteri Kiram tu.

Tapi persoalannya, adakah permohonan maaf itu sudah cukup untuk menyembuh luka lama dikalangan keluarga mangsa pencerobohan Lahad Datu yang sengaja dibangkitkan oleh Si Nurul Izzah tu?

Yang lebih IRONIKnya, kenapa baru sekarang Si Nurul Izzah tu sedar bahawa tuduhan seperti itu 'Sangat Dahsyat' sedangkan selama hari ini, tindakan dia sendiri pun apa kurangnya?

Adakah Si Nurul Izzah tu lupa bahawa dia juga pernah menabur fitnah terhadap calon Barisan Nasional sewaktu Pilihan Raya Umum yang lepas demi untuk mengekalkan jawatan?

Pada masa tu, kenapa pulak Si Nurul Izzah tu tak terfikir bahawa tindakan yang dilakukan itu juga 'Sangat Dahsyat' dan mampu memburukkan reputasi calon Barisan Nasional tu dimasa akan datang?

Sebagai rekod, Si Nurul Izzah tu akhirnya terlepas dari sebarang tindakan setelah dia meminta maaf kerana menabur fitnah. Jadi, tak mustahil jika dua orang individu yang dia saman tu pun boleh buat benda yang sama. 

Tapi, nak ke Si Nurul Izzah tu terima permohonan maaf dari dua orang individu tersebut? Atau, adakah dia tetap akan meneruskan tindakan saman dan mengheret mereka ke mahkamah?

Apa yang jelas, alasan yang diberikan oleh Si Nurul Izzah tu hanya dilihat sekadar nak menutup kemaluan diri dia sendiri je demi untuk menjaga kepentingan Politik Peribadi semata - mata.

Hakikatnya, Si Nurul Izzah tu memang terdesak nak merealisasikan kempen 'Air Mata Buaya' dia untuk membebaskan Si Peliwat tu dari penjara, sehingga sanggup bersekongkol dengan pihak yang mengaku bertanggungjawab menceroboh kedaulatan Negara!!! Itu je ceritanya!!!

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.