Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

YaPEIM "LIBAS'" DUIT ANAK YATIM???

SEMUT HITAM
YaPEIM "LIBAS'" DUIT ANAK YATIM???
Adakah Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia tu libas duit 'Anak Yatim'? Itu persoalan yang dibangkitkan oleh pihak tertentu berkaitan dengan Yayasan tersebut sebelum ini.

Tapi, jauh mana mereka tahu mengenai kewujudan YaPEIM tu sebenarnya? Adakah benar yayasan itu hanya ditubuhkan bagi menguruskan duit bantuan kepada Anak Yatim dan orang Miskin semata - mata? Meh kita baca sikit fungsi YaPEIM ni:
Menangani Persoalan Masyarakat secara Realistik, Bersepadu, Strategik dan Profesional melalui Usaha Meningkatkan Taraf Sosioekonomi, Mengukuhkan Tradisi Keilmuan, Memantapkan Kebajikan Ummah dan Membangunkan Institusi Islam demi Kepentingan Pembangunan Ummah.


Memperkukuhkan Asas Kekuatan YaPEIM melalui Usaha Memantapkan Pengurusan secara Menyeluruh meliputi Aspek Pengurusan Kewangan dan Pelaburan serta Pentadbiran secara Umum.
Selain itu, YaPEIM juga turut menyediakan sistem Pajak Gadai Islam berdasarkan kepada sistem Ar-Rahnu dengan kerjasama bank tempatan seperti Bank Islam dan Koperasi YaPEIM.
1. Menyediakan kemudahan mikro kredit secara mudah, cepat dan amanah kepada masyarakat terutamanya golongan yang berpendapatan rendah untuk kegunaan sebagai modal perniagaan secara kecil- kecilan dan lain-lain aktiviti yang produktif bagi membangun sosioekonomi ummah. 2. Sebagai alternatif kepada masyarakat untuk memenuhi keperluan tunai melalui transaksi gadaian yang berlandaskan hukum syarak. - rujuk risalah, disini.
Maknanya, YaPEIM ni ditubuhkan bukan hanya sekadar untuk mengutip duit derma dari rakyat seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab. Sebaliknya, diorang ada jugak meniaga.

Dalam erti kata lainnya, YaPEIM ni bukan la sekadar berfungsi mengutip duit Anak Yatim je. Tapi diorang pun ada jugak buat benda lain bagi menjana pembangunan sosioekonomi umat Islam.

Jadi tak salah jika kita kata, pihak yang mendakwa YaPEIM hanya sekadar berfungsi mengutip duit Anak Yatim itu mempunyai agenda tersembunyi untuk menjahanamkan institusi Pembangunan Ekonomi umat Islam di Malaysia ni!!!

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.