Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ADAKAH INI BUKTI "KEZALIMAN KERAJAAN"!!!

SEMUT HITAM
ADAKAH INI BUKTI "KEZALIMAN KERAJAAN"!!!
Dengar ceritanya, esok Si Nurul Nuha, anak kepada Si Ketua Penipu tu akan dibenarkan untuk keluar dari hospital selepas mendapat rawatan kerana terjatuh dirumah baru - baru ini.

Berita mengenai perkara tersebut telah disampaikan oleh salah seorang pemimpin dikalangan puak - puak Parti Keluarga Rosak tu dalam satu kenyataan yang disiarkan media hari ini.
PETALING JAYA: Anak kedua Datuk Seri Anwar Ibrahim, Nurul Nuha yang dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah hospital swasta di sini selepas terjatuh di kediamannya baru-baru ini akan dibenarkan keluar hospital pada Selasa.
Bab Si Nurul Nuha tu nak keluar dari Hospital tidak menjadi isu. Tapi kebenaran yang diberikan oleh pihak Penjara kepada Si Ketua Penipu tu sebelum ini yang hangat dipertikaikan.

Jika selama hari ini, keluarga Si Ketua Penipu tu seringkali membuat tuduhan serta dakwaan secara terbuka kononnya bapa mereka telah menjadi 'Mangsa Kezaliman' pihak Kerajaan.

Persoalannya, adakah benar dakwaan yang dibuat sedangkan baru - baru ini Si Ketua Penipu telah diberikan kebenaran untuk melawat anak dia yang berada di Hospital oleh pihak penjara?

Adakah tindakan itu yang dikatakan "kezaliman pihak Kerajaan" terhadap BANDUAN yang telah didapati bersalah oleh pihak mahkamah kerana meliwat bekas pembantu peribadinya sebelum ini?

Walhal, banduan lain tak dapat pun layanan sedemikian rupa. Tidakkah itu membuktikan bahawa dakwaan yang mereka lemparkan selama hari ini terhadap pihak Kerajaan adalah tidak benar?

Maka persoalannya sekarang, adakah selepas ini keluarga Si Ketua Penipu tu akan membuat pengakuan dan menarik balik tuduhan buruk yang telah dilemparkan terhadap pihak Kerajaan? Rasanya, mati hidup semula pun diorang takkan mengakuinya!!!

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.