SEMUT HITAM
ADUHAI!!! TAKKAN ITU PUN ADA YANG "TOUCHING"???
Alahai!!! Kesian pulak bila tengok perangai rakyat di Malaysia ni. Rata - rata mentaliti mereka suka sangat nak mengkritik benda yang remeh - temeh dan menjadikan ianya isu besar.
Realitinya, memang kebanyakkan rakyat di Malaysia ni suka memperbesar - besarkan cerita sedangkan perkara tu tak perlu diberikan perhatian sangat. Walhal, ianya cuma cadangan semata - mata.
Takkan hanya kerana kita tak suka dengan cadangan tersebut, maka kita nak paksa semua orang untuk tidak menyukainya? Kamon la!!! Fikir la dengan Kepala Otak, jangan guna Kepala Lutut.
Padahal isu yang dibangkitkan takde la besar mana sangat pun jika difikir dengan waras. Dan artikel yang ditulis ni bukannya nak back-up kenyataan yang dibuat oleh Menteri terbabit.
Semua tu berlaku kerana persepsi negatif yang diberikan, terutama dikalangan puak - puak Pakatan Haprak tu yang menjadikan isu tersebut sebagai satu isu yang perlu diperbesar - besarkan.
Kalau Menteri tu tak sebut pun, memang ramai dikalangan kakitangan awam pada ketika ini yang buat kerja lebih dari satu sebab nak menambah jumlah pendapatan mereka yang sedia ada.
Ada dikalangan kakitangan awam yang jual tupperware dipejabat. Ada jugak yang dok jual ubat, jadi agen insuran dan sebagainya. Benda tu memang dah biasa dilakukan. Cuma ianya tak diperbesarkan.
Sebelum tahun 2000 dulu pun memang dah ada yang dok buat kerja macam tu. Siang dia kerja pejabat, malam dia berniaga. Pelik sangat ke? Kenapa masa tu takde orang nak pertikai?
Misal contoh seorang Cikgu. Siang dia mengajar, malam dia buat tuisyen. Adakah itu satu fenomena yang menghairankan bagi kita? Perlu ke perkara seperti itu diperbesar - besarkan?
Dan jika kita tanya kenapa Cikgu tu buat dua kerja, sudah pasti dia akan kata, "Untuk Tambah Pendapatan". Soalnya, adakah gaji yang dia terima sebagai Cikgu tu tidak mencukupi?
Kenapa perkara seperti itu tidak dijadikan sebagai satu persoalan dikalangan rakyat? Kenapa bila ada Menteri tu cerita pasal soal 'Dua Kerja', ramai pulak yang meroyan tak tentu arah?
Sebab yang bercakap tu Menteri Barisan Nasional. Maka sebab itu isu sedemikian kecil pun nak diperbesar - besarkan oleh semua pihak. Yang isu pasal DAPigs sokong atlet Israel atau Si Ketua Penipu tu sondol 'Chinadoll' tak nak pulak dijadikan satu isu besar!!!
0 comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.