Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bumbung Perumahan SALIB di Langkawi, Islam Agama Rasmi Sentiasa DISERANG

CELAH GELEGAR
Bumbung Perumahan SALIB di Langkawi, Islam Agama Rasmi Sentiasa DISERANG
ALOR SETAR - Kerajaan negeri mahu pemaju sebuah syarikat perumahan di Langkawi memperbetulkan semula struktur binaan pada bahagian bumbung rumah yang kelihatan seperti lambang salib supaya ia tidak menjadi isu yang berlarutan.
Exco Perumahan, Datuk Tajul Urus Mat Zain memandang serius perkara itu dan berharap pihak berkenaan dapat memberi kerjasama sewajarnya.
“Saya minta pemaju syarikat perumahan berkenaan lihat semula masalah ini supaya tidak nampak lagi bentuk seolah-olah salib pada bahagian bumbung rumah.
“Saya tidak mahu ia dipanjangkan kerana ia isu sensitif melibatkan keagamaan. Pemaju perumahan harus pastikan ia dapat diperbetulkan semula,” katanya kepada Sinar Harian, hari ini.
Menurutnya, kerajaan negeri akan memantau masalah itu dari semasa ke semasa.
Sebelum ini, seorang pengguna laman sosial Facebook memuatnaik gambar rumah teres dua tingkat di Langkawi yang kelihatan seakan-akan lambang salib pada bahagian bumbung.
Berdasarkan pandangan kasar, lambang salib itu terbentuk pada dinding pembahagian antara rumah dengan lubang pengudaraan di tingkat atas.
Viral sejak 22 Disember itu turut mendapat kecaman ramai selain dikongsi lebih 2,322 pengguna Facebook lain.

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.