Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

(Caj TOL TADA NAK DERMA KE?) Naiktaraf pintu gerbang RM9.8 juts ditanggung penderma

CELAH GELEGAR
(Caj TOL TADA NAK DERMA KE?) Naiktaraf pintu gerbang RM9.8 juts ditanggung penderma
PETALING JAYA: Kos naiktaraf pintu gerbang Kota Darul Ehsan yang mencecah RM9.8 juta ditanggung oleh penderma, dan Kerajaan Negeri sekadar mendahulukan pembayaran untuk memulakan projek itu.

Adun Taman Medan Haniza Talha berkata pendahuluan itu akan dibayar semula oleh para penderma yang nama mereka akan diukirkan di pintu gerbang itu nanti.

“Pemimpin Sungai Besar UMNO sepatutnya tutup mulut sahaja jika tidak mempunyai fakta sahih.

“Malah ahli-ahli UMNO sendiri lebih arif tentang keperluan menaik taraf pintu gerbang,” katanya dalam satu kenyataan kepada FMT.

Menurutnya, projek naiktaraf mercu lama itu adalah wajar memandangkan nilai simbolik sejarah Istana pintu gerbang itu, maka ia tidak seharusnya menjadi pertikaian.

Menurutnya lagi, PKR telah dan akan memastikan perbelanjaan untuk projek naiktaraf itu dibelanjakan secara berhemah.

“Pintu gerbang Kota Darul Ehsan sebenarnya diluluskan oleh bekas MB (Menteri Besar) Selangor melalui tender terbuka JKP dua tahun yang lalu. Projek ini telah dianugerahkan kepada pembida dengan harga kontrak yang terendah,” dedah Haniza.

Haniza dalam kenyataannya berkata RM9.8 juta itu adalah untuk menaiktaraf bahagian hadapan bangunan seperti lampu, sistem elektrik, lanskap, ukiran, reka bentuk, cat baharu, serta penjagaan pintu dan kawasan sekitarnya.

Kerja-kerja naiktaraf bermula pada 15 April lalu dan dijangka siap 20 Oktober tahun hadapan. Menurut Haniza, setakat ini hanya 9 peratus tugasan naiktaraf telah selesai, walaupun dijadualkan siap 15 peratus dari tarikh permulaan.

Terdahulu, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dan Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar Datuk Jamal Md Yunus mempertikaikan kewajaran RM9.7 juta yang dibelanjakan untuk projek naiktaraf itu.

Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata peruntukan berkenaan telah dibahaskan pada persidangan Dewan Negeri Selangor sebelum ini dan mendapat persetujuan semua anggota dewan.

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.