Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DAH KANTOI BARU MAHFUZ BEAN INSAF!!!

SEMUT HITAM
DAH KANTOI BARU MAHFUZ BEAN INSAF!!!
Heh!!! Lain macam je kenyataan yang dikeluarkan oleh Si Mahfuz Bean ni. Nampak gayanya, macam dia dah insaf selepas dia KANTOI menabur fitnah terhadap Datuk Dr. Hassan Ali sebelum ini.

Kalau tidak, Ahli Parlimen Pokok Sena yang mengibaratkan diri dia macam 'Harumanis, diluar Hijau didalam Oren' tu lebih cenderung ke arah menentang UMNO seumur hidup dia.

Dalam kenyataan yang dibuat hari ini, Si Mahfuz Bean tu katanya bersetuju dengan segala keputusan kepimpinan PAS sama ada ingin bekerjasama dengan Barisan Nasional (BN) ataupun sebaliknya.

Sebagai ahli PAS, dia katanya akan sanggup untuk menurut segala perintah dan percaya kepimpinan PAS Pusat akan membuat keputusan yang terbaik demi masyarakat Islam seluruhnya.
“Saya hanya menyerahkan keputusan kepada parti, kalau dia nak bergabung dengan BN pun kita setuju, kalau tak nak bergabung pun kita setuju,” katanya ringkas ketika dihubungi.
Kenyataan itu dibuat bagi mengulas Naib Presiden PAS, Mohd Amar bahawa keputusan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang untuk mengadakan hubungan baik dengan UMNO bukan dilaksanakan secara bersendirian.

Menurut Mohd Amar, semua kepimpinan PAS bersetuju mewujudkan hubungan baik dan bekerjasama dengan UMNO khususnya dalam perkara yang membabitkan kepentingan Islam dan rakyat.

Tapi, kenyataan Si Mahfuz Bean tu agak berbeza dengan semalam dimana dia kata yang dia percaya kepimpinan PAS kini sedang terbahagi dua ekoran keputusan untuk bergabung dengan UMNO.

Si Mahfuz Bean tu menjadikan alasan kenyataan Naib Presiden, Idris Ahmad yang menggesa individu yang mahu melihat penggabungan PAS dan UMNO agar meninggalkan parti itu adalah maksud tersirat yang menunjukkan terdapat dua pihak dalam kepimpinan PAS.

“Kenyataan YB Idris semacam wujudnya dua pihak dalam kepimpinan PAS sekarang ini. Satu pihak yang hendak bergabung, berkerjasama atau bertahaluf dengan UMNO BN, manakala satu pihak lagi menentang.

“Saya tidak pasti siapa di kalangan mereka, tetapi kenyataan YB Idris menjadi bahan perbualan dan perbahasan di kalangan ahli biasa PAS,” katanya.

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.