Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KENYATAAN KU LI BUAT RAMAI PANAS PUNGGUNG!!!

SEMUT HITAM
KENYATAAN KU LI BUAT RAMAI PANAS PUNGGUNG!!!
Heh! Nampak gayanya kenyataan yang dibuat oleh bekas Presiden Semangat 46 ini pasti akan membuatkan ramai pihak yang panas punggung. Nak pulak dikalangan puak - puak Pakatan Haprak tu.

Ahli Parlimen merangkap Ketua UMNO Bahagian Gua Musang ni tampil dengan kenyataan menyokong cadangan yang dibuat oleh YAB Presiden UMNO sewaktu Perhimpunan Agung yang diadakan.

Veteran Umno, Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah hari ini berkata PAS dan Umno saling memerlukan antara satu sama lain bagi melaksanakan keinginan dan matlamat parti masing-masing.

Menurut Ahli Parlimen Gua Musang itu, apatah lagi penyatuan kedua-dua parti berpaksikan Melayu itu mendapat reaksi positif ramai pihak yang mahukan kedua-duanya kembali bersatu setelah lama berpisah.

Katanya, Umno memerlukan sokongan Melayu dalam pilihan raya umum (PRU) manakala PAS memerlukan sokongan Melayu Islam untuk melaksanakan hudud di Kelantan.
"Pandangan saya dari segi keadaan dalam negara sekarang, barangkali Umno membawa cadangan ini, kerana kemungkinan Umno tidak akan dapat sokongan daripada bukan Melayu dalam PRU akan datang dan strategik bagi dia untuk berkawan dan bekerjasama dengan PAS. "PAS barangkali juga nak sokongan Umno, bukan sahaja kerana dia sudah tidak lagi dianggap sebagai rakan dalam perjuangan PR (Pakatan Rakyat) dahulu, tetapi dia sekarang ini terpencil sebagai sebuah parti lama yang hanya mempunyai pengikut-pengikut dalam kawasan tradisi dia."Jadi, sukar untuk dia (PAS) mendapat sokongan banyak dan perjuangan dia juga memerlukan sokongan pihak yang berkuasa seperti Umno, kerana dia nak jalankan hukum hudud. "Dan ini tidak boleh dijalankan melainkan satu, enakmen syariah dipinda di peringkat Parlimen, bagi membolehkan enakmen di Kelantan dan Terengganu dilaksanakan," katanya pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Tabung Kemanusiaan Pelajar Melayu Mesir Perkasa, hari ini.
Walaubagaimana pun, Ku Li menegaskan, UMNO barangkali akan menghadapi penyusutan kepercayaan di negeri Sabah dan Sarawak yang mempunyai pendekatan berbeza terhadap PAS.

Cadangan kerjasama antara PAS dan Umno bermula apabila Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak menghulurkan tali silaturahim kepada PAS, setelah parti Islam itu memutuskan hubungan tahaluf siyasi dengan DAP.

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.