Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ketua Pesuruhjaya SPRM akui siasatan terhadap SRC International, RM2.6 bilion diganggu

CELAH GELEGAR
Ketua Pesuruhjaya SPRM akui siasatan terhadap SRC International, RM2.6 bilion diganggu
BANGI, Khamis – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengakui pihaknya diganggu ketika menjalankan siasatan terhadap kes SRC International dan wang RM2.6 bilion yang masuk ke akaun peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Bagaimanapun, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Abu Kassim Mohamed, berkata pihaknya tetap melakukan siasatan tanpa mengira kedudukan, jawatan, warna kulit atau status seseorang.

Beliau berkata, pasukan penyiasatnya sudah menjalankan tugas dengan baik walaupun ia antara kes yang paling mencabar.

“Walaupun ada pelbagai persepsi mengenai isu ini, selagi saya (jadi) ketua pesuruhjaya, saya akan menjalankan siasatan dengan profesional. Sekiranya ada kes, kita akan cadangkan di dalam kertas siasatan kita apa yang kita jumpa. Dan ia betul-betul berasaskan merit .

“Tidak ada pihak-pihak lain yang akan mempengaruhi kita dan hala tuju siasatan kita. Itu janji saya kepada pegawai SPRM dalam satu perjumpaan.

“Kita memegang (berpegang kepada) prinsip menjalankan tugas cara profesional. Tanggungjawab kita dari segi undang-undang ialah menjalankan siasatan dan mendapatkan apa sebenarnya berlaku bergantung kepada saksi yang kita temui dan temu bual.

“Apa yang kita dapat itulah yang akan kita masukkan dalam kertas siasatan kita. Dan itulah juga yang akan kita kemukakan kepada peguam negara berserta dengan pandangan pandangan kita. Kita tidak akan beranjak dari itu,” katanya dalam temu bual yang disiarkan Sinar Harian, hari ini.

Sehubungan itu, Abu Kassim berkata, SPRM sama sekali tidak akan berganjak dalam memastikan ketelusan hasil siasatan berhubung kes derma RM2.6 bilion dan SRC International yang kini sudah di peringkat akhir.

Beliau berkata, siasatan mengenai kedua-dua kes berkenaan sedang dikemaskini dan akan diserahkan kepada Peguam Negara sebelum 31 Disember ini.

Katanya, walaupun siasatan sedikit terganggu dengan beberapa insiden seperti yang sudah diketahui umum, namun pasukan penyiasat SPRM dapat berada pada landasan yang betul dan berjaya melaksanakan tugas siasatan dengan profesional.

“Siasatan berdasarkan apa yang menjadi tanda tanya rakyat berhubung kedua-dua isu berkenaan, termasuk berjumpa dan mengambil keterangan penderma RM2.6 bilion.

“Ia satu tempoh siasatan panjang, dan paling mencabar, membabitkan banyak pihak. Untuk SRC International sahaja, kita panggil lebih 90 saksi, manakala bagi kes derma RM2.6 bilion pula banyak melibatkan pihak yang berada di luar negara.

“Saya akui memang ada gangguan dalam siasatan ini, tetapi kita buat siasatan tanpa mengira kedudukan, jawatan, warna kulit dan status. (Daripada) Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak juga sudah diambil keterangan bagi bantu siasatan berhubung kedua-dua kes,” katanya.

Katanya, SPRM melakukan yang terbaik.

“Semua siasatan ada dalam laporan kertas siasatan yang akan diserah kepada Peguam Negara, dan menjadi kuasa Peguam Negara untuk membuat dakwaan atau sebaliknya,” katanya. -ismaweb

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.