Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

[MUNGKIN KAKAK TU KESEMPITAN HIDUP] Video wanita CURI SAYUR raih simpati netizen

CELAH GELEGAR
[MUNGKIN KAKAK TU KESEMPITAN HIDUP] Video wanita CURI SAYUR raih simpati netizen
PETALING JAYA: Satu rakaman video insiden seorang wanita pertengahan tahun mencuri dipercayai di sebuah pasar raya mengundang rasa kasihan daripada orang ramai khususnya pengguna laman sosial.
Rakaman yang menyayat hati pengguna laman sosial dikongsi dalam Facebook Viral Video menggambarkan wanita itu mencuri beberapa barangan makanan seperti sayur mentah, makanan dalam tin dan makanan mentah.
Kejadian dipercayai berlaku di Jerantut, Pahang.
“Mohon pihak2 berkenaan turun padang dan lihat apa masaalah rakyat…mungkin kakak ni dan keluarganya hidup dlm keadaan terdesak sehingga sanggup melakukan kerja2 begini….kami dpt info lokasi berlaku di Jerantut…,” muat naik status video berkenaan.
Para netizen memberi respon yang pelbagai, rata-rata mengkasihani situasi wanita itu.
Pengguna yang menggunakan ID, Ahmad Yau Azis dalam komennya berkata, “Makin ramai mencuri sebab desakan hidup. Yg kat atas maharajalela rembat duit rakyat.”
Manakala Puzz Lip pula berpendapat tiada alasan yang patut digunakan untuk mencuri kerana Islam melarang perbuatan itu sebagai satu dosa.
“Tiada alasan mencuri…dlm Islam kan tahu bedosa…sihat tubuh anggota…klau ada anak didik kasi pandai…biar besar nasihat anak tu klau susah terdesak suruh curi dan menyamun semua masaalah selesai…kes nie buat lah tauladan supaya kita anak melayu gigih usaha semuga berjaya..doa dan usaha mesti ada jalan kluar insyaallah ..kakak oiii…jgn malukan bangsa sendiri!!!” katanya.
Cindy Cindy pula menulis, “Kasihan mungkin anak2 nya dah kelaparan..”
Tidak ketinggalan ada yang mengaitkannya dengan keadaan sosio ekonomi rakyat pada masa kini sehingga mendesak mereka berkelakuan begitu di samping meminta perhatian pusat zakat terhadap keadaan individu seperti itu. -FMT

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.