Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MUNGKIN PENGANALISIS NI DAH KENA BAYAR!!!

SEMUT HITAM
MUNGKIN PENGANALISIS NI DAH KENA BAYAR!!!
Makin hari, makin sakit otak puak - puak Pakatan Haprak tu dibuatnya apabila sambutan dikalangan rakyat mengenai kerjasama diantara UMNO dan PAS semakin hangat diperkatakan.

Yang lebih hebat, sambutan yang diberikan kebanyakkannya semua ke arah yang Positif dimana mereka mahu melihat perkara itu menjadi kenyataan agar dapat menyatukan umat Islam.

Tapi, ada juga dikalangan mereka yang tak suka dengan cadangan tersebut. Nak pulak dikalangan puak - puak Pentaksub dan Pengampu kepada DAPigs. Diorang memang tak boleh terima.

Jadi, tak heran la sekiranya ada dikalangan mereka akan melabelkan penganalisis Politik yang menyokong kerjasama Politik diantara UMNO dan PAS tu semuanya dibayar oleh pihak yang berkenaan. Tu semua sebab diorang dengki bila umat Islam bersatu padu!!!
SHAH ALAM - Persengketaan orang Melayu dan Islam sesama sendiri kerana perbezaan fahaman politik hanya boleh dihentikan penyatuan dua parti terbesar antara Umno dan Pas.

Penganalisis politik, Prof Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff berkata kerjasama politik itu juga boleh menstabilkan politik negara daripada pertelagahan yang tidak berkesudahan.

"Pemimpin kita tidak fokus untuk merancang pembangunan ekonomi negara bagi mengatasi masalah rakyat.

"Kerjasama itu perlu bagi membolehkan rakyat melihat politik bukan lagi dari kaca perkauman, tetapi keagamaan yang lebih menyeluruh," katanya menerusi Facebooknya, hari ini.

Bagaimanapun Mohammad Agus berkata, kerjasama itu hanya akan berjaya jika mempunyai satu asas dan prinsip yang jelas serta dipersetujui bersama.

"Kerjasama ini hendaklah dilihat rakyat sebagai bukan untuk memenuhi kepentingan elit parti semata-mata.

"Ia perlulah menghasilkan produk politik yang diharapkan rakyat seperti keadilan sosial, kesejahteraan ekonomi, pemimpin berintegriti dan lainnya," ujarnya.

Beliau berkata lagi, kerjasama Umno dan Pas perlu menghormati prinsip Persekutuan Malaysia.


"Hak negeri di bawah pemerintahan Pas seperti royalti minyak perlulah ada penyelesaian menang-menang," katanya lagi.

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.