Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

(PENGERUSI DAP PERAK HINA WANITA TUTUP AURAT) Kafir DAP Makin Berani HINA Islam Secara Terbuka

CELAH GELEGAR
(PENGERUSI DAP PERAK HINA WANITA TUTUP AURAT) Kafir DAP Makin Berani HINA Islam Secara Terbuka

Sebuah NGO Pakatan kecewa dengan kemas-kini Facebook milik Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming yang menghina wanita Islam yang memakai niqab.
Presiden NGO Pakatan Zulkarnain Mahdar berkata kemas-kini itu amat menghina kerana ia memaparkan emoji 'takut' di latar gambar pemakai niqab.
Emoji itu, katanya, akan menimbulkan pelbagai persepsi, antaranya adalah pengalaman menakutkan apabila berdepan dengan wanita yang memakai niqab.
Emoji adalah simbol yang menggambarkan perasaan seseorang yang digunakan dalam mesej elektronik dan laman web.

Nga dalam akaun Facebooknya pada 13 Disember membidas perwakilan Umno, Ahmad Darus yang mendakwa bahawa pakaian pramugari Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) adalah terlalu mendedahkan.
Di bawah gambar Ahmad, beliau menyertakan gambar wanita yang memakai niqab sambil menyelitkan emoji ‘ketakutan’ dan tertera kata-kata 'Adakah pramugari kita perlu memakai semikian?’dalam bahasa Cina.
Zulkarnain berkata tindakan itu tidak boleh diterima dan atas sebab itu beliau memutuskan untuk menghantar memorandum bantahan kepada Nga (kiri) di ibu pejabat DAP hari ini.
"Nga tidak sensitif dengan mengambil kira cara hidup Islam," katanya.
Zulkarnain turut melahirkan rasa kecewa dengan DAP yang meminta polis hadir di pejabatnya hari ini.
"Mereka kalau hantar memorandum bukan main lagi tetapi apabila kita lakukannya, mereka telefon polis.
"Ini sebuah negara demokrasi, tetapi lihat berapa ramai polis yang datang," katanya mengulas kehadiran kira-kira enam anggota polis yang ditempatkan di pintu masuk ibu pejabat DAP.

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.