Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Prof. Agus UKM: Semak semula kenaikan tambang, DENGAR KELUHAN Rakyat

CELAH GELEGAR
Prof. Agus UKM: Semak semula kenaikan tambang, DENGAR KELUHAN Rakyat

Rabu – Berikutan kos hidup yang semakin meningkat dari saban hari, kerajaan hari ini digesa untuk mendengar keluhan rakyat disebabkan bebanan yang sudah tidak tertanggung.
Pensyarah Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Madya Datuk Dr. Mohammad Agus Yusoff berkata pada pertengahan bulan Oktober lalu, kadar tol di beberapa lebuh raya telah naik antara 10 sen dan RM6.
“Hari ini kenaikan tambang komuter juga mula berkuatkuasa. Dari UKM ke Kuala Lumpur sahaja, kenaikannya adalah dari RM7 kepada RM10 pergi pulang.
“Kelmarin Ketua Pegawai Eksekutif ERL mengumumkan kenaikan harga tambang ERL dari RM35 kepada RM50 berkuatkuasa 1 Januari 2016 ini.
“Nampaknya kos hidup rakyat berterusan meningkat. Kerajaan, semaklah semula kenaikan ini. Dengarlah keluhan rakyat,” luah Prof Agus melalui status yang di muat naik di Facebooknya.
Pendapat yang sama diutarakan Naib Ketua Dewan Pemuda Pas Malaysia (DPPM), Khairil Nizam Khirudin apabila menyifatkan kenaikan tambang ERL sebagai kegagalan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) membendung kenaikkan harga tambang pengangkutan awam.
Tambahan pula hari ini 2 Disember 2015 tambang Komuter KTMB juga naik sebanyak 4 sen dari 11 sen bagi setiap kilometer, kepada 15 sen bagi setiap kilometer.
“Manakala tambang bagi LRT turut naik sebanyak 102% dengan kadar bayaran 70 sen dan 30 sen bagi 4km pertama. Tambang Monorel pula naik sebanyak 40% bermula pada kadar 70 sen dan RM0.58 bagi 4km pertama dan RM0.37 bagi 5km seterusnya.
“Secara puratanya kenaikan ini meningkatkan kos pengangkutan rakyat secara keseluruhannya sebanyak 60% berbanding tahun sebelumnya. Pengangkutan awam kini menjadi pilihan yang agak mahal dan membebankan rakyat.
“Rakyat kini dipaksa untuk menanggung beban ini tanpa alternatif kerana kos minyak juga meningkat ekoran pemansuhan subsidi dengan kadar tol juga sudah dinaikkan.
“Justuru, SPAD gagal memainkan peranannya bagi membantu rakyat dan dilihat sebagai agensi yang wujud sekadar untuk meluluskan permit dan mengumumkan kenaikan tambang sahaja,” katanya. -ismaweb

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.