Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SIBUK NAK MENG-HALAL-KAN BENDA HARAM!!!

SEMUT HITAM
SIBUK NAK MENG-HALAL-KAN BENDA HARAM!!!
Hah! Inilah bahananya bila sibuk sangat nak menghalalkan benda yang haram. Penyudahnya diri sendiri pulak yang terpalit dengan ludah sendiri. Memang patu sangat pun diorang ni diharamkan.

Kalau dibiarkan terus wujud, maka tak mustahil sekiranya fahaman Liberal sebegini mampu untuk memesongkan fahaman umat Islam serta masyarakat Malaysia secara keseluruhannya.

Walaupun tak semua saranan yang dibuat oleh Pertubuhan Peribumi Perkasa semalam boleh diterima, tapi setidak - tidaknya desakan yang dibuat ini perlu dipertimbangkan dengan sewajarnya.

Tapi, jangan setakat mengharamkan kumpulan G25 tu sahaja. Sebaliknya, haramkan jugak kumpulan - kumpulan Pro Liberal yang selama ini cuba berselindung disebalik label "NGO" atau parti Politik.

Terutama sekali puak - puak dari kalangan Parti Keluarga Rosak tu yang menjadikan agenda utama mereka adalah untuk membebaskan seorang Banduan yang telah dijatuhi hukuman penjara kerana Meliwat atas nama 'Hak Asasi Manusia'. Baru la Padan Muka diorang!!!
KUALA LUMPUR - Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) meluluskan usul supaya kerajaan mengisytiharkan kumpulan G25 sebagai kumpulan sesat.

Pengerusi Jawatankuasa Usulnya, Hassan Basri berkata, keputusan itu dibuat susulan terlalu banyak penyerapan fahaman sesat liberalisme dan pluralisme yang semakin berleluasa sehingga mengancam akidah umat Islam.

Menurutnya, kerajaan perlu mengambil tindakan kepada mereka yang bertindak melanggar Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan iaitu Islam sebagai Agama Persekutuan.

“Perkasa mengecam keras kebiadaban kumpulan G25 dan mendesak supaya kerajaan bertegas, mengengkang fahaman ini dengan memfatwakan kumpulan G25 sebagai kumpulan sesat.

“Persidangan kali ini turut mendesak kerajaan bertegas dan mengambil tindakan mahkamah untuk mempertahankan kesucian agama Islam dan tidak tunduk kepada desakan mana-mana pihak yang ada kepentingan,” katanya kepada pemberita sempena Persidangan Agung Perkasa ke-6, di sini, hari ini.


Semalam, polis dilaporkan akan memanggil Jurucakap Bekas Penjawat Awam (G25), Datuk Noor Farida Ariffin dalam masa terdekat bagi mendapatkan kenyataan berhubung siasatan mengikut Akta Hasutan.

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.