Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TAK PUAS LAGI ANAK NIK AZIZ NI "JENTIK" TELUR DAPigs!!!

SEMUT HITAM
TAK PUAS LAGI ANAK NIK AZIZ NI "JENTIK" TELUR DAPigs!!!
Nampak gayanya, masih tak serik lagi anak kepada Allahyarham Nik Aziz ni mengeluarkan kenyataan berkontroversi yang boleh dianggap mengguris hati puak - puak DAPigs tu secara tak lansung.

Kali ini, kerjasama diantara PAS dan UMNO pulak yang didakwa bukan satu titik temu antara dua yang bertarung, tetapi sebuah perlumbaan dan persaingan yang lebih sihat dan terbuka.

Selaku Ketua Pemuda PAS, Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz berkata, semua parti politik dimana ceruk sekali pun mempunyai hak mereka untuk berlumba mengotakan janji - janji yang telah dibuat.

Namun, walau agaimanapun, yang berhak mengadili dan menghukum keikhlasan dan ‘perlumbaan’ diantara parti-parti politik itu hanya terletak pada pilihan rakyat secara keseluruhan.
“Kerjasama masih di mulut. Langkahnya keikhlasan, kesungguhan dan keberanian bertindak untuk kepentingan agama dan rakyat.“Politik menaburkan janji. Seperti bunga-bunga yang memutikkan buah. Semuanya indah. Tetapi yang meranum takkan sebanyak yang berguguran,” katanya menerusi petikan daripada muat naik status di Facebooknya, hari ini.
Kenyataan yang dibuat oleh Nik Abduh itu adalah berikutan jalinan kerjasama diantara PAS dan UMNO yang kini telah bertukar menjadi topik hangat bualan rakyat sejak akhir-akhir ini.

Justeru itu, Nik Abduh secara terbuka menyeru agar semua jentera PAS dipelbagai peringkat untuk meneruskan amal dan jihad masing-masing demi memenuhi harapan negara.
“Berjuanglah demi melihat umat Islam yang semakin berpegang teguh pada tali ALLAH, lalu mereka bersatu padu dan tidak berpecah belah dalam membangunkan negara,” katanya lagi.
Dalam erti kata lainnya, PAS memang terbuka untuk bekerjasama dengan UMNO mahu pun pihak Kerajaan demi untuk menjamin kesejahteraan rakyat. Bukan macam puak - puak PKR dan DAPigs yang hanya setakat berjuang demi kepentingan Politik Peribadi mereka sendiri!!!

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.