CELAH GELEGAR
[WAHAI PENGUATKUASA, AWAK KAT MANA? AWAK AWAK KAT MANA?] Warga Afrika BERNIAGA secara terbuka
Antara perniagaan yang dijalankan warga Afrika termasuk membuka kedai runcit, kedai gunting rambut, kafe serta kedai dobi. - Foto Astro AWANI |
Terbaru, pemantauan Astro AWANI di beberapa kawasan sekitar Kepong, Puchong dan Subang Jaya mendapati mereka sudah berani menjalankan perniagaan secara terbuka di lot kedai yang disewa.
Antara perniagaan yang dijalankan warga Afrika termasuk membuka kedai runcit, kedai gunting rambut, kafe serta kedai dobi.
Mereka mula menjalankan perniagaan sekitar jam 4 petang sehingga awal pagi di kawasan premis perniagaan sekitar kawasan berkenaan.
Menjelang jam 8 malam, gerai ini mula dipenuhi pelanggan yang kebanyakannya warga Afrika dan ia tidak disenangi penduduk setempat apabila kumpulan ini sering mengganggu ketenteraman awam.
Selain itu, mereka yang berkeliaran di kawasan itu sehingga awal pagi turut menimbulkan kebimbangan di kalangan penduduk setempat.
Justeru beberapa warga tempatan yang ditemui meminta pihak berkuasa untuk mengambil tindakan sewajarnya bagi mengelakkan perkara yang tidak dingini berlaku.
0 comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.