Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

AL-KISAH IKAN BELANAK MATI BERJEMAAH!!!

SEMUT HITAM
AL-KISAH IKAN BELANAK MATI BERJEMAAH!!!
"Al Kisah... Toiyib! Al Kisah maka tersebut la kisah... Toiyib! Al Kisah Ikan Belanak Mati Berjemaah dekat Beserah... Taiyob!!!"

Hehehe!!! Terasa geli hujung ginjal bila ada pihak yang nak tunjuk pandai bercerita mengenai isu Ikan Belanak mati di Sungai Tonggak tu. Nampak sangat orang tu sendiri pun tak tau apa - apa.

Mula rasanya malas sangat nak tulis cerita pasal Ikan Belanak ni. Tapi dek kerana ada jugak penyokong PKR yang DUNGU mempertikaikannya, kita cerita jugak la serba sedikit mengenainya.

Mungkin Si Penulis Blog AmenoWorld tu tak baca kenyataan yang dibuat sendiri oleh beberapa orang penduduk disekitar kawasan yang dimaksudkan. Maka sebab itu dia tak tau ceritanya.

Akhirnya artikel yang ditulis hanya menjadi bahan lawak semata - mata walaupun pada hakikatnya dia nak tunjuk yang dia 'Pandai Sangat' dengan menjadikan isu tu sebagai bahan lawak.

Kalau ikut laporan yang disiarkan dalam Sinar Harian sebelum ini, seorang wakil penduduk dikawasan Sungai Tonggak tu kata dia sendiri pun tak pasti mengenai punca kematian Ikan Belanak tu.
Saya sendiri tak pasti punca kejadian ini tapi tak tolak kemungkinan ia disebabkan pencemaran sisa kimia dari kilang di sekitar kawasan Gebeng, di sini,” katanya.
Nah! Pakcik tu sendiri kata dia pun tak tau punca asal kematian Ikan Belanak tu secara berjemaah. Jadi, bagaimana mungkin punca kematian itu disebabkan 'Pencemaran Bauksit'?

Itu cerita dari wakil penduduk setempat. Cerita seorang lagi penduduk dikawasan tersebut, kejadian Ikan Belanak tu mati di Sungai Tonggak tu adalah kali kedua sejak empat tahun lepas.
"Kejadian semalam kali kedua berlaku sejak empat tahun lalu tetapi kali ini keadaannya lebih teruk apabila jumlah ikan yang mati sangat banyak," katanya.
Nah! Kalau nak dikaitkan dengan isu pencemaran bauksit, bagaimana pulak Ikan Belanak tu mati berjemaah EMPAT TAHUN lepas sedangkan bauksit di Kuantan bermula DUA TAHUN lepas?

Kan nampak sangat tak masuk akal? Kalau ikut kata Pengerusi Nelayan dikawasan tu pulak, dia sendiri tak tau mengenai kejadian yang berlaku. Malah dia sendiri pun tak pasti ianya akibat bauksit.
Dalam hal ini, saya tak boleh cakap kejadian ikan mati itu disebabkan oleh sisa bauksit. Biar pihak berkenaan buat siasatan dulu dan kalau betul hidupan laut telah tercemar sudah pasti mereka (Jabatan Perikanan) akan buat kenyataan,” katanya.
Nah! Berdasarkan kepada ketiga - tiga testimoni dari penduduk disekitar kawasan tu sendiri pun membuktikan bahawa kematian Ikan Belanak tu secara berjemaah bukan berpunca dari pencemaran Bauksit. ATAU mungkin, Si Amenoworld pun anggap diorang ni BODOH juga!!!

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.