Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ANWAR TERBUKTI TELAH HILANG KEMALUANNYA!!!

SEMUT HITAM
ANWAR TERBUKTI TELAH HILANG KEMALUANNYA!!!
Nampak gayanya memang sah idea yang telah dicetuskan oleh Si Ketua Penipu tu sebelum ini hanya sekadar bertaraf 'Longkang' semata - mata apabila ianya GAGAL menyatukan Pakatan Haprak tu.

Jika tidak, mana mungkin dasar konsensus "Setuju Untuk Tidak Bersetuju" yang dijadikan sebagai formula asas dalam pembentukan Pakatan sebelum ini tidak lagi diguna-pakai.

Perkara itu telah diumumkan secara terbuka sewaktu Pakatan Haprak tu menandatangani perjanjian baru yang menyaksikan PAS telah disingkirkan dari Pakatan itu baru - baru ini.

Secara tidak lansung, tindakan mereka menolak konsensus "Setuju Untuk Tidak Bersetuju" itu membuktikan bahawa idea Si Ketua Penipu tu sendiri memang tak boleh pakai.

Penganalisis politik, Prof Dr Aruna Gopinath berkata keputusan itu dilihat tidak melambangkan suara dari ketiga - tiga parti di dalam pembentukan Pakatan Haprak tu sendiri.
“Gabungan itu memerlukan kesepakatan dalam membuat sesuatu keputusan dan dengan mengamalkan prinsip ‘setuju untuk tidak bersetuju’ hanya akan menimbulkan perkara berbangkit.“Bagaimana mereka ingin meluahkan ketidaksetujuan mereka di dalam sesuatu perkara jika prinsip ini tidak digunakan lagi. Mereka terpaksa bersetuju dengan sesuatu yang mereka enggan bersetuju,” katanya ketika dihubungi.
Sementara itu penganalisis politik, Ibrahim Sufian berkata tindakan serta perubahan terhadap Negeri yang kini dipegang oleh Pakatan Haprak tu perlu dibuktikan terlebih dahulu.
“Ini hanyalah satu persefahaman yang dibuat di kalangan mereka namun ianya tidak manarik perhatian orang ramai, apa rakyat ingin lihat adalah bagaimana mereka menyelesaikan masalah rakyat khususnya kini rakyat dihimpit dengan masalah ekonomi.
“Ketiga-tiga parti mempunyai negeri yang diperintah, jadi mereka perlu membuktikan perubahan dan kejayaan yang telah dilakukan ke atas negeri masing-masing dan bukan hanya melontarkan kata-kata manis,” katanya.
Hakikatnya, diorang guna la dasar apa sekali pun, tapi selagi mereka ada agenda yang tersendiri, maka selagi itu lah mereka akan GAGAL untuk membentuk sebuah Pakatan yang mampu menjaga kebajikan rakyat. Setakat jaga kepentingan Politik Peribadi diorang sendiri boleh la!!!

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.