Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Azeez enggan ulas kedudukan rizab Tabung Haji dikatakan negatif

CELAH GELEGAR - Mencari Kebenaran Yang Sebenar
Azeez enggan ulas kedudukan rizab Tabung Haji dikatakan negatif

KUALA LUMPUR, Selasa – Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim, hari ini menafikan laporan bahawa rizab Tabung Haji berada dalam kedudukan negatif.
“Ia adalah tidak benar,” katanya yang juga Pengerusi Tabung Haji kepada pemberita di luar Dewan Rakyat ketika diminta mengulas mengenai perkara itu.
Sambil memberitahu bahawa satu sidang media akan diadakan kemudian, beliau bagaimanapun, enggan mengulas lanjut mengenai kedudukan kewangan Tabung Haji yang dilaporkan tidak boleh memberi dividen kepada penyimpannya bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2015.
Azeez juga dilaporkan akan ke pejabatnya di Tabung Haji untuk menyemak kesahihan dakwaan bahawa Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz menghantar surat menyarankan LTH merumus satu dasar rizab yang komprehensif dengan segera sebelum 21 Mac ini.
BNM juga dilaporkan mengutuskan surat kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berhubung kedudukan kewangan 2015 Tabung Haji yang genting di mana nilai rizabnya menjadi negatif.
Tahun lalu, Tabung Haji dipalitkan dengan isu kontroversi apabila membeli tanah milik syarikat pelaburan negara yang penuh kontroversi, 1Malaysia Development Berhad (1MDB), di Pusat Kewangan Tun Razak Exchange (TRX), dengan harga yang dikatakan terlalu mahal.
Tabung Haji membayar RM188.5 juta hanya bagi 0.64 hektar, sedangkan 1MDB membeli 28 hektar tanah kerajaan untuk dijadikan pusat kewangan TRX di situ dengan hanya membayar RM194.1 juta.
Selain itu, Tabung Haji juga menggunakan wang penyimpan untuk memberi hutang kepada 1MDB apabila turut membeli sukuk 1MDB bernilai hampir RM1 bilion (RM920.8 juta).
1MDB adalah syarikat pelaburan negara yang sebelum ini mempunyai hutang RM42 bilion daripada beberapa bank dalam serta luar negara dan terpaksa menjual tanah yang dibeli daripada kerajaan dengan harga murah, tetapi menjual dengan harga yang mahal.
1MDB juga menjual beberapa asetnya yang lain termasuk pengeluar tenaga bebas dan Bandar Malaysia kepada syarikat Cina. - ismaweb

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.