Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BABI BERGELIMPANGAN DIJALAN RAYA!!!

SEMUT HITAM
BABI BERGELIMPANGAN DIJALAN RAYA!!!
Baru - baru ada orang hantar satu kiriman melalui aplikasi Whatsapp bercerita mengenai kejadian lori membawa 'Babi' terlibat dalam satu kemalangan disebuah lebuh jalan raya Malaysia. 

Dengar katanya, tidak ada sebarang kemalangan jiwa yang dilaporkan melainkan Babi yang terlibat sahaja. Dan juga turut dilaporkan, tidak ada seekor Babi pun yang telah dilarikan oleh orang awam.

Tapi, cerita dibawah ni lain pulak. Kali ini, bukan Babi yang bergelimpangan. Tapi sebaliknya, Macai Pakatan Haprak tu yang bergelimpangan mendengar penjelasan yang diberikan.
"Tiada apa-apa kesalahan jenayah yang dilakukan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkaitan ketiga-tiga siasatan berhubung kes SRC International Sdn. Berhad dan dakwaan dana 'RM2.6 bilion", kata Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali.
Berikutan itu, katanya, ketiga-tiga kertas siasatan berkaitan dengan dakwaan tersebut akan dikembalikan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini untuk ditutup.

Mohamed Apandi berkata beliau telah mengkaji dengan teliti keseluruhan keterangan saksi-saksi, dokumen-dokumen serta maklum balas berkaitan klarifikasi yang dipohon sebelum ini. 

Ianya berhubung satu kertas siasatan dikatakan melibatkan dana RM2.6 bilion dan dua kertas siasatan berkaitan kes SRC International yang dikemukakan kembali kepadanya SPRM.

Berhubung kertas siasatan dana yang dikatakan berjumlah RM2.6 bilion, Apandi berkata beliau berpuas hati berdasarkan keterangan saksi-saksi dan dokumen sokongan bahawa dana yang dimasukkan ke dalam akaun perdana menteri adalah merupakan sumbangan peribadi daripada keluarga diraja Arab Saudi kepadanya tanpa apa-apa balasan.

Beliau berkata keterangan saksi dan dokumen sokongan yang dikemukakan SPRM menunjukkan dana yang dimasukkan ke dalam akaun perdana menteri di antara 23 Mac 2013 dan 10 April 2013 berjumlah US$681 juta (RM2.08 bilion) adalah sumbangan peribadi daripada keluarga diraja Arab Saudi.
"Saya berpuas hati bahawa tiada keterangan yang menunjukkan bahawa dana tersebut adalah suatu bentuk suapan yang diberikan secara rasuah."Keterangan daripada siasatan tidak menunjukkan sumbangan dana tersebut diberikan sebagai dorongan atau sebagai upah untuk melakukan atau tidak melakukan sesuatu perbuatan yang berkaitan dengan kapasiti beliau sebagai perdana menteri," katanya.
Apandi berkata pihak SPRM sendiri dalam siasatan menemui dan merakamkan percakapan saksi-saksi termasuk pemberi sumbangan dana tersebut yang mengesahkan sumbangan tersebut diberikan kepada Perdana Menteri secara peribadi.

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.